Ambil alih SPLASH: Kroni kaya raya, rakyat Selangor kena tanggungjawab

……………
Bekas MB Selangor Khalid Ibrahim berkata langkah itu menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan kerajaan negeri pada 2013.
……………
Ambil alih SPLASH: Selangor mungkin henti beri air percuma

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau percaya kerajaan Selangor akan mengkaji semula atau menghentikan program pemberian air percuma kepada isi rumah di negeri itu selepas mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Hari ini apabila pembelian SPLASH oleh Syarikat Air Selangor (Air Selangor) berjumlah RM2.55 bilion dimuktamadkan, ianya menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013.

“Strategi kerajaan negeri hari ini memberi peluang kepada pemilik saham SPLASH mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan.

“Pada masa yang sama, ia juga meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tarif yang tinggi,” katanya menerusi kiriman Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Air Selangor membayar RM2.55 bilion untuk mengambil alih SPLASH hari ini.

Pengumuman itu dibuat 2 hari selepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa negeri itu akan membeli SPLASH pada harga RM2.7 bilion dalam urus niaga yang didakwa menguntungkan seorang “Tan Sri” yang memiliki 30% saham dalam syarikat itu.

Proses penstrukturan semula industri air di Selangor tertangguh sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbrian Barisan Nasional mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan SPLASH dan kerajaan negeri hanya berjaya menyelesaikan pengambilalihan 3 syarikat konsesi air lain.

Syarikat konsesi itu ialah Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion pada Mei 2014, serta Konsortium Abass Sdn Bhd pada harga RM900 juta.

Sejak pengambilalihan 3 syarikat konsesi itu, Air Selangor membina 2 loji rawatan air di Semenyih 2 dan Labohan Dagang.

…………..
https://pakdin.my/tag/splash
https://pakdin.my/khalid-ibrahim

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...