UtamaPOLITIK`Keputusan saya telah selamatkan...

`Keputusan saya telah selamatkan Proton’ – Najib - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan beliau untuk melaksanakan kerjasama di antara Proton dengan syarikat pengeluar kereta dari China, Geely adalah betul.
Menurut Najib, keputusan yang dibuat setahun lalu telah menyelamatkan Proton daripada `gulung tikar’ dan sekaligus mengelakkan kira-kira 60,000 pekerja syarikat automobil negara itu daripada hilang pekerjaan.
Beliau berkata, jika keputusan itu tidak diambil tiada lagi Proton untuk dibanggakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Berikut kenyataan penuh dipetik dari Facebook Najib Rajak:
Ketika Proton yang sudah dimiliki syarikat swasta menjual 49 peratus sahamnya kepada syarikat Geely dari China pada Mei tahun lalu, saya masih ingat tulisan Tun Mahathir menuduh saya menjual maruah negara dan negara bakal dijual.
Malah, Tun Mahathir melalui tulisan dan ucapannya mengakui menangis teresak-esak mengenangkan saham Proton dijual kepada Geely.
Walhal, disebalik hakikat Tun Mahathir sebagai penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar. Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.
Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan. Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dan syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely sebagai rakan perkongsian. Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.
Setahun kemudian, saya gembira melihat Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh Mahathir yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau mengkritik saya dan melalui tulisannya berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.
Disebalik segala fitnah dan kritikan dibuat Tun Mahathir sebelum ini, semalam menyaksikan satu pengumuman yang membuktikan keputusan dibuat setahun lalu adalah satu langkah yang terbaik untuk semua. Sebanyak 60,000 pekerjaan diselamatkan dan Proton adalah pada kedudukan lebih kukuh untuk pertumbuhan.
Jika keputusan itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan Tun Mahathir di Geely di China semalam.
Sebelum PRU14, isu Proton dengan projek “Forest City” dan “Melaka Gateway” merupakan isu-isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin PH untuk menuduh saya menjual negara.
Kini, kerajaan PH pula amat bangga dengan Proton-Geely.
Mereka juga sudah umumkan di Parlimen bahawa kerajaan PH tidak mempunyai halangan untuk benarkan Forest City menjual hartanah secara hak-milik kekal kepada warga asing manakala Ketua Menteri Melaka pula mengumumkan bahawa projek Melak Gateway tiba-tiba menjadi amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.
Walaupun saya dan BN difitnah teruk pada masa itu, saya gembira bahawa langkah-langkah kerajaan BN dulu telah dibuktikan sebagai langkah yang menguntungkan negara dan rakyat.
`Keputusan saya telah selamatkan Proton’ - Najib

‘Proton-Geely Motor: Kerajaan Munafik’ https://pakdin.my/proton-geely-motor-kerajaan-munafik/

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Saya menyedari api menyambar kedai makan di sebelah dan dalam keadaan panik, saya hanya sempat mengangkat dua tong gas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960