UtamaPOLITIK“Exit Clause” bogeyman baharu...

“Exit Clause” bogeyman baharu Mahathir yang cedera parah di China - pakdin.my

1. Mahathir “cedera parah” di China. Pulang tanpa sebarang hasil untuk ekonomi negara atau maruah.

2. Marah dengan layanan China ke atasnya, Mahathir the great pulang dan mengumumkan pembatalan projek ECRL dan Paip Gas Sabah yang membabitkan pembiayaan kewangan dari Bank Exim China dan kontraktor China.

3. Mahathir tidak berani mengisytiharkan “buy China Last” seperti mana beliau buat kepada UK pada 1981.

4. Jika beliau berbuat demikian yang akan “mampus” cepat ialah para kroni beliau yang telah mengeluarkan banyak wang untuk kemenangan Pakatan Harapan.

5. Jadi biar negara rugi kerana yang akan menanggung kos pembatalan ialah duit kerajaan bukan duit keluarga dan kroni beliau.

6. Bagi menghalalkan pembayaran ganti rugi demi ego beliau, Mahathir telah pun menyediakan kambing hitam iaitu Najib Razak.

7. Beliau menggelar Najib Razak bodoh kerana menandatangani perjanjian ECRL tanpa “exit clause”. Dakwa Mahathir atas sebab itu kerajaan perlu bayar pampasan yang tinggi.

8. Maka ramai penyokong Pakatan pun bersorak sakan menyebarkan berita tersebut seolah-olah inilah bukti maha besar menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ECRL.

9. Kita pun keliru perjanjian mana yang tidak ada “exit clause”? Perjanjian pembiayaan dengan Exim Bank China atau dengan kontraktor ECRL?

10. Lebih mengelirukan ialah apakah maksud Mahathir mengenai “exit clause” adakah ia sama dengan “termination contract” atau penamatan kontrak pembinaan?

11. Jika kerajaan lantik kontraktor pembinaan mesti ada syarat penamatan berdasarkan kegagalan-kegagalan kontraktor melaksanakan terma kontrak.

12. Maaflah belum pernah saya dengar ada kontrak pembinaan yang membolehkan pemilik menamatkan kontraktor sesuka hati dan bila-bila masa dengan pampasan yang rendah.

13. Masalah sekarang ialah Mahathir mahu menamatkan kontrak pembinaan yang sedang berjalan tanpa sebarang sebab teknikal.

14. Apabila beliau mahu menghentikan satu projek berpuluh bilion atas sebab politik dan khayalan maka tentulah jumlah pampasan akan tinggi.

15. Saya tidak fikir perjanjian ECRL dan Paip Gas Sabah satu kebodohan Najib Razak? Adalah gila jika ada orang buat perjanjian pembinaan keretapi dan saluran paip gas yang mempunyai klausa boleh menamatkan “projek separuh siap sesuka hati.”

16. Namun kita sudah melihat banyak klausa perjanjian bodoh zaman Mahathir seperti konsesi Lebuh Raya dibenarkan naik kadar tol sebanyak 10% setiap tiga tahun dan akan dibayar pampasan beratus juta setahun jika kerajaan tidak benarkan kenaikan tersebut.

17. Kita juga pernah berhadapan klausa bodoh perjanjian konsesi tol zaman Mahathir bila mana syarikat konsesi akan mendapat pampasan jika jumlah kutipan tol tidak seperti dalam projeksi keutungan mereka.

18. Kita juga pernah melihat Mahathir melaksanakan projek bodoh jambatan bengkok tanpa persetujuan Singapura dan terdedah kepada ancaman undang-undang antarabangsa kerana bakal meruntuhkan sebahagian Tambak Johor.

19. Kita juga sudah pun jadi bodoh pada zaman Mahathir The Great apabila Proton kerugian lebih RM500 juta dalam urusniaga MV Augusta.

20. Bapa segala kebodohan ialah jika kita membenarkan Mahathir menggunakan isu “exit clause”, untuk menyelamatkan egonya yang tercalar teruk di China.

Ab Jalil Backer

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...