UtamaEKONOMINazir letak jawatan Pengerusi...

Nazir letak jawatan Pengerusi CIMB akhir 2018 - pakdin.my

Datuk Seri Nazir Razak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Group dan semua jawatan lain dalam kumpulan syarikat CIMB pada 31 Disember 2018.

Berikutan itu, Lembaga Pengarah CIMB akan menggerakkan rancangan penggantian bagi menentukan Pengerusi seterusnya dan tarikh penyerahan.

Nazir telah berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

Di bawah kepimpinannya, CIMB berkembang daripada francais kewangan korporat menjadi bank pelaburan utama Malaysia, sebelum kemudiannya menjadi bank universal utama di ASEAN.

Kumpulan perbankan itu disenaraikan pada 2003 dengan aset RM9.6 bilion dan permodalan pasaran RM1.5 bilion.

Setakat 30 Jun 2018, aset kumpulan berjumlah RM515 bilion, dengan permodalan pasarannya ketika ini berjumlah RM58 bilion.

Mengulas mengenainya, Nazir berkata: “Adalah sukar untuk mencari masa terbaik untuk saya meninggalkan CIMB – tidak terlalu cepat, tidak terlalu lewat – namun sentiasa meletakkan kepentingan firma ini di fikiran.

“Sejak beberapa minggu lalu, saya telah mengambil masa untuk memikirkannya dan membuat keputusan inilah masa paling sesuai untuk pergi apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014, T18 selesai. Tambahan pula, misi kerjaya saya adalah untuk membina CIMB menjadi institusi kewangan utama ASEAN.

“Pada 2014, CIMB melaksanakan peralihan CEO pertama sebagai bank universal dan memulakan T18 bagi mengukuhkan struktur, proses selain semak dan imbang sebuah organisasi yang dibina pantas bagi transformasi serta pengembangan serantau.

“Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi. Kami mempunyai pasukan pengurusan cemerlang diterajui oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan barisan pemimpin hadapan di belakangnya. Kejayaan berterusan firma ini selepas pemergian saya akan mengesahkan lagi bahawa misi saya di CIMB telah benar-benar terlaksana.”

Mengulas bagi pihak Lembaga Pengarah CIMB Group, Pengarah Bebas Kanannya, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata kepimpinan berwawasan, kecekapan perniagaan dan profesionalism Nazir menjadikan CIMB sebuah institusi perbankan utama dan amat dikenali di ASEAN.

Katanya, kejayaan berterusan kumpulan adalah bukti warisan kepimpinannya.

“Sebagai Pengerusi, beliau sentiasa menyokong Pengarah melaksanakan tugas mengikut prinsip tadbir urus, ketelusan dan tanggungjawab, dengan misi mewujudkan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan. Kami semua bersedih kehilangannya, namun menghormati keputusan itu,” katanya.

………..

https://pakdin.my/tag/cimb/

Nazir Razak dilantik Pengarah di Khazanah, lepas jawatan CEO CIMB

Nazir Razak dilantik Pengarah di Khazanah, lepas jawatan CEO CIMB

 

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...