Tragedi Puchong: Jenazah anggota Bomba diberi penghormatan terakhir pagi ini - pakdin.my

Jenazah enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan hari ini.

Van jenazah yang membawa enam mangsa bergerak ke BBP Shah Alam kira-kira jam 7.45 pagi diiringi ahli keluarga masing-masing.

Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang yang menempatkan jenazah enam anggota bomba terbabit.

Ramai ahli keluarga dan anggota bomba hadir sebaik sahaja kesemua mayat dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat.

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan hanya duduk di ruangan menunggu dengan linangan air mata.

Lebih menyedihkan, kelihatan anak-anak yang masih kecil dan tentunya masih tidak mengerti apa yang berlaku kepada bapa mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Laporan awal menyatakan mereka terbelit dengan tali yang digunakan bagi tujuan mencari dan menyelamat remaja terbabit.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.


LIHAT video:
https://youtu.be/BeXrs4GNCSs

………..

https://pakdin.my/tag/nahas-&-bencana

UTAMABERITATragedi Puchong: Jenazah anggota Bomba diberi penghormatan terakhir pagi ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium