Fitnah itu adalah lebih zalim dari membunuh – Najib Razak - pakdin.my

Melalui media yang dikawal mereka selain pembocoran maklumat secara berpilih dari pegawai tertentu, timbul banyak cerita cerita liar, persepsi dan andaian terhadap pendakwaan yang dilakukan kerajaan PH terhadap saya dan keluarga saya.

Satu contoh ialah kenyataan kerajaan berdasarkan kepada perjanjian penyelesaian mendakwa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$4.5 bilion. IPIC bagaimanapun segera menyanggah kenyataan itu dan menafikan 1MDB berhutang dengan IPIC. Realitinya, ia adalah sebaliknya di mana IPIC sebenarnya yang perlu membuat pembayaran kepada 1MDB.

Satu lagi contoh ialah laporan-laporan mengenai syarikat yang dianugerahkan projek solar adalah sebuah syarikat pengangkutan di mana hakikatnya adalah ia adalah salah satu daripada 31 syarikat yang membekalkan diesel dan menyelenggara penjana kuasa bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kejayaan menyiapkan projek itu bagi mengubah kepada solar bermakna penjimatan yang besar bagi kerajaan dan bekalan elektrik yang lebih bersih dan boleh diyakini bagi sekolah-sekolah berkenaan.

Kerapkali, niat dan hasrat yang baik daripada saya dan keluarga ini diputarbelit dan digunakan untuk memburukkan kami melalui pendakwaan yang kami yakin tiada merit.

Kami sangat memahami ia adalah di bawah kuasa kerajaan PH untuk menggunakan pihak berkuasa dan dalam hak mutlak mereka untuk mendakwa kami mengikut kehendak mereka.

Bagaimanapun, memandangkan kami sudah didakwa, adalah sukar untuk kami memberi penjelasan kepada rakyat tanpa menjejaskan pembelaan kami atau berisiko untuk dikenakan lebih pendakwaan atas alasan subjudis dan terpaksa membayar berjuta lagi untuk ikat jamin.

Adalah amat mengecewakan kerana saya tahu andaian dan tuduhan di luar sana adalah tidak benar. Saya dan keluarga saya hanya boleh menunggu walaupun tersangat ingin untuk mendedahkan fakta sebenar, menjawab segala tuduhan dan memperbetulkan persepsi dalam mahkamah tetapi kes ini masih lagi berbulan jaraknya.

Pada masa yang sama, saya mohon timbangrasa dan kefahaman dan sokongan berterusan dari semua rakan-rakan pada ketika kami mendepani masa sukar ini disebalik khidmat saya kepada negara selama 40 tahun.

Insya Allah, kebenaran pasti mendatang. Fitnah itu adalah lebih zalim dari membunuh.

Sumber: Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155713569145952/

UTAMANAJIB RAZAKFitnah itu adalah lebih zalim dari membunuh - Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium