Rakyat kena bayar harga tinggi dari sepatutnya untuk membeli Proton X70 - pakdin.my

Siapa yang untung dengan peningkatan harga tersebut?
Proton? Kerajaan? Vendor? Kroni?
…….
Saya ingat pada masa kerajaan BN memberi pinjaman mudah (soft loan) dan peruntukan R&D kepada Proton semasa kerjasama mereka dengan Geely diumumkan, mereka memberi gambaran di dalam taklimat kepada saya bahawa harga jualan Proton X70 dijangka akan di antara RM70,000 ke RM90,000.

Pada masa itu, saya diberitahu bahawa harga kereta ini di China bermula dari RM63,000 dan harga jualan di Malaysia dijangka antara 10% hingga 20% lebih mahal berikutan faktor cukai yang berlainan dan kelengkapan yang berbeza.

Ramai yang berminat dengan rekabentuk X70 yang cantik dan kelengkapannya yang canggih tetapi kecewa dengan harga yang agak tinggi iaitu bermula dengan RM99,800 sehingga RM123,800.

Saya harap kerajaan PH dengan Proton boleh menimbangkan untuk menurunkan harga model asas X70 ini dari RM99,800 sebanyak RM10,000 atau RM15,000 supaya lebih ramai rakyat akan mampu memiliknya – memandangkan kerajaan Malaysia yang telah banyak menolong dengan pinjaman mudah dan peruntukkan R&D.

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/proton

UTAMAEKONOMIRakyat kena bayar harga tinggi dari sepatutnya untuk membeli Proton X70

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium