Sudah lah gagal tunai janji, Pengundi pula yang disaman oleh ADUN DAP Sungkai - pakdin.my

Ini gila babi namanya…

Gagal tunai janji sebelum PRU terhadap petani di Kuala Bikam, ADUN DAP Sungkai, Datuk A Sivanesan yang juga merupakan EXCO negeri Perak telah memfailkan saman malu terhadap pengundinya.

Saman malu dibuat oleh ADUN DAP itu kerana pendedahan petani tersebut atas kegagalan beliau menunaikan janji pilihanraya.

Selain dari petani, akhbar The Str yang melaporkan tuntutan petani dan Presiden MCA yang memuat naik laporan di Facebook turut disaman.

Saman tersebut seolah-oleh untuk memberitahu pengundi supaya jangan menuntut janji pilihanraya yan dibuat oleh Pakatan Harapan terutama oleh wakil rakyat DAP.

……………

Dari Facebook Najib Razak:

ADUN DAP Sungkai, Datuk A Sivanesan yang juga merupakan EXCO negeri Perak telah memfailkan saman malu terhadap pengundinya.

Bulan Ogos lepas, seorang petani bangsa Cina berumur 23 tahun bersama 30 orang petani dari Kampung Baru Kuala Bikam, Bidor, Perak telah mengadu kepada media tempatan dengan mendakwa ADUN DAP mereka tidak menepati janji yang diberi sebelum PRU14 untuk menyelamatkan ladang-ladang pertanian mereka dari diroboh.

Selepas PRU14, syarikat milik kerajaan Perak telah mengupah sebuah syarikat kontraktor untuk meroboh dan meratakan tanah milik kerajaan Perak itu untuk memberi laluan kepada sebuah syarikat untuk mula melombong pasir.

Petani-petani di sana mula mengelisah apabila kerja-kerja meratakan tanah oleh kontraktor bermula dan mendakwa ADUN DAP mereka tidak menepati janji serta tidak dapat dihubungi.

Bagaimanapun, Datuk A Sivanesan tidak berpuas hati kerana berita ini telah keluar di surat khabar.

Pada masa itu, dia mengugut untuk memfailkan saman kepada petani-petani dan pihak media jika mereka tidak meminta maaf.

Ugutan ini menjadi kenyataan semalam apabila ADUN DAP ini telah mengemukakan saman fitnah terhadap petani muda yang juga dianggap sebagai ketua untuk golongan petani-petani terlibat, wartawan yang membuat laporan dan surat khabar The Star.

Turut di saman ialah presiden MCA Wee Ka Siong yang telah memuat-naik laporan media itu di FaceBook beliau serta menuntut kerajaan PH Perak dan pemimpin-pemimpin DAP untuk memberi penjelasan dan keadilan kepada petani-petani tersebut.

Adakah nasib yang sama bakal menunggu pengundi-pengundi di Cameron Highlands pada masa hadapan?

Rujukan:
Young farmer sued by state assemblyman for defamation
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/16/young-farmer-sued-by-state-assemblyman-for-defamation/

UTAMANAJIB RAZAKSudah lah gagal tunai janji, Pengundi pula yang disaman oleh ADUN DAP...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium