Kegagalan sebenar Dasar Ekonomi Baru - pakdin.my

Ini seumpama orang dahaga yang sudah minum air dari telaga dan lepas itu meracuni telaga tersebut supaya orang lain tidak boleh minum. Inilah perangai orang Melayu. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib orang lain. Inilah yang boleh dikatakan kegagalan DEB. Orang Melayu sudah berjaya sampai tidak kisah nasib orang lain.

Hujah yang sering kita dengar ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah gagal mecapai matlamat dan sasarannya. Ini yang biasanya dikatakan oleh golongan yang tidak senang dengan dasar tersebut, lebih-lebih lagi apabila dasar itu dilihat sebagai satu dasar yang mengutamakan orang Melayu dan kaum Bumiputera.

Mereka menganggap DEB ini sebagai dasar diskriminasi terhadap golongan bukan Melayu dan mereka samakannya dengan dasar apateid (apartheid) Afrika Selatan pada satu masa dahulu. Sering juga kita dengar bahawa DEB ini menyebabkan rasuah berleluasa sebab perasuah mengguna DEB sebagai alasan untuk melakukan rasuah, terutama sekali orang Umno.

Memang benar, ada pemimpin-pemimpin Umno yang menyalahgunakan DEB sebagai alasan untuk memberi lesen, kuota dan kontrak kepada kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Tetapi ini semua tidak ada kaitan dengan DEB (dan orang-orang Umno itu kebanyakannya sudah pindah ke Pakatan Harapan). DEB tidak menyebut yang lesen, kuota dan kontrak perlu diberi kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita. Itu hanya alasan yang ditimbulkan untuk menghalalkan yang haram. Lepas itu DEB pula yang disalahkan.





DEB juga telah membantu orang Melayu di kampung termasuk nelayan dan kaum petani

DEB tidak memberi kita lesen untuk merompak rakyat atau untuk mencuri harta negara. Adakah kita boleh berhujah bahawa merompak bank tidak salah asalkan bank yang dirompak itu adalah bank kepunyaan kaum Cina dan yang merompaknya ialah orang Melayu atau Orang Asli?

Memanglah ada kelemahan pada DEB. Itu tidak boleh dinafi. Tetapi kelemahannya bukan pada dasarnya sendiri. Kelemahannya ialah pada perlaksanaannya. Kalau kita ingin tamatkan DEB oleh kerana ianya disalahguna untuk melakukan rasuah atau pun sebab perlaksanaanya lemah, maka banyak lagi dasar lain yang lebih teruk yang perlu dikaji dan mungkin dihapuskan.

Misalan, ada banyak kelemahan dan salah laku pada sistem pilihan raya. Adakah kita perlu hapuskan sistem pilihan raya dan memilih wakil rakyat kita diluar sistem pilihan raya? Kalau begitu, bagaimana kita akan memilih wakil rakyat kita? Sistem apa yang perlu kita gunakan?

Lagi pun, bukan semuanya didalam DEB itu buruk. Ada juga pencapaian DEB yang positif. Misalan, sebelum Merdeka, kebanyakan orang Melayu duduk di kampung. Hari ini lebih ramai Melayu duduk di bandar banding dengan dulu.





DEB juga telah memberi peluang kepada lima juta orang Melayu mendapat pendidikan tinggi, termasuk pendidikan di universiti

DEB juga telah memberi peluang kepada lima juta orang Melayu mendapat pendidikan tinggi, termasuk pendidikan di universiti. Sebelum tahun 1945, hanya orang seperti Tunku Abdul Rahman dapat belajar di universiti, dan itu pun sebab arwah dibesarkan di istana Bangkok dan beliau memasuki universiti Cambridge dengan ‘surat kuning’. Kalau tidak Arwah Tunku pun terpaksa belajar di sekolah kampung.

Sebelum Merdeka, berapa ramai orang Melayu ada rumah batu? Rumah batu pada masa dahulu hanya ada di bandar sahaja dan di bandar-bandar ini penduduknya orang Cina. Hari ini, tengah-tengah sawah padi di Terengganu dan Kelantan pun ada rumah bangalow batu. Dan di depan rumah orang Melayu sekarang ini ada dua atau tiga buah kereta. Masa dahulu orang Melayu hanya mampu naik basikal sahaja.

Ini semua disebabkan DEB.





Sebelum Merdeka, berapa ramai orang Melayu ada rumah batu?

Sebelum Merdeka, dasar British ialah orang Melayu duduk di kampung, orang Cina berniaga, dan orang India di bawa masuk ke Persekutuan Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pegawai jabatan kerajaan atau guru sekolah (baca buku The Malayan Trilogy oleh Anthony Burgess). Contohnya ialah bapa Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi Melayu yang ayah mereka India dan emak Melayu (sebab masa itu ramai orang India berkahwin dengan perempuan Melayu: ayah Anwar Ibrahim satu lagi contoh).

Hari ini, ada lebih kurang 1.6-1.7 juta pagawai kerajaan, kebanyakannya Melayu.

(TMI,21 Oktober 2017) – Due to “special circumstances”, the 1.6 million civil servants are needed in Malaysia, said Prime Minister Najib Razak today, and includes teachers, soldiers, police as well as healthcare staff.





Malaysia mempunyai seramai 1.6-1.7 juta pegawai kerajaan, kebanyakannya berbangsa Melayu

Rakyat Malaysia hanya ada 32 juta orang tetapi mempunyai seramai 1.6-1.7 juta pegawai kerajaan. Di Indonesia, ada 270 juta rakyat tetapi hanya mempunyai 4.6 juta pegawai kerajaan sahaja. Tanpa DEB, mungkin Malaysia akan ada hanya satu juta pagawai kerajaan. Ini bermakna lebih kurang 600,000 atau 700,000 Melayu akan terpaksa duduk di kampung bersama lagi tiga atau empat juta ahli keluarga mereka.

Yang anehnya, orang Melayu yang mengutuk DEB ialah orang yang telah menerima faedah dari dasar tersebut. Pegawai kerajaan, mahasiswa, ahli perniagaan, dan seterusnya. Kalau bukan sebab DEB, mereka akan duduk di kampung dan menanam padi atau pun hidup di rancangan Felda. Dan mereka tidak akan mempunyai rumah batu atau memiliki dua-tiga buah kereta, terutama sekali kereta mewah.





Kerana DEB ramai orang Melayu tidak lagi hidup di dalam keadaan begini

Ini seumpama orang dahaga yang sudah minum air dari telaga dan lepas itu meracuni telaga tersebut supaya orang lain tidak boleh minum. Inilah perangai orang Melayu. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib orang lain. Inilah yang boleh dikatakan kegagalan DEB. Orang Melayu sudah berjaya sampai tidak kisah nasib orang lain.

Saya minta satu saja dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan apa yang saya minta ialah jangan tamatkan DEB. Cari jalan untuk memperkuatkan perlaksanaannya tapi jangan tamatkannya. Melayu belum lagi bersedia untuk bersaing tanpa bantuan dari kerajaan. Sekurang-kurangnya dasar pelajaran perlu diteruskan. Janganlah bagi Cina menentukan dasar pelajaran Malaysia. Ini akan membawa bala kepada orang Melayu.

Oleh: Raja Petra Kamarudin

UTAMAEKONOMIKegagalan sebenar Dasar Ekonomi Baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium