UtamaEKONOMITabung Haji: Guan Eng...

Tabung Haji: Guan Eng akan bunuh perniagaan orang Melayu Islam - pakdin.my

Lim Guan Eng menerusi Kementerian Kewangannya telah mengeluarkan arahan agar umat Islam di Malaysia yang hendak menunaikan ibadah Umrah hanya boleh melalui Tabung Haji sahaja. Agensi pelancongan atau syarikat pelancongan swasta tidak lagi dibenarkan untuk mengendali pakej-pakej umrah.

Mengelola pakej untuk orang Melayu yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah merupakan satu perniagaan yang sangat besar. Umrah, sebagai contoh, terdapat dalam enam ke tujuh penerbangan setiap hari dan setiap satu penerbangan dikalikan dengan penumpang dan kali enam ke tujuh penerbangan sehari. Jadi dengan pengiraan tersebut anda sendiri boleh menilai betapa besar perniagaan itu.

Sekarang, mereka hanya mahu Tabung Haji yang memonopoli perkhidmatan pengurusan Umrah. Jadi, jika Tabung Haji menguruskan perkhidmatan umrah ini, tempat penginapan perlu ditempatkan di bangunan atau tempat penginapan yang dimiliki oleh Tabung Haji. Oleh itu, bagi mereka yang berusia, ianya akan mendatangkan masalah pada mereka kerana bangunan dan tempat penginapan yang dimiliki oleh Tabung Haji ini sangat jauh dari Masjidil Haram.

Bayangkan orang tua terpaksa berjalan kaki untuk pergi dan balik ke masjid lima kali sehari. Agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menguruskan perkhidmatan Umrah ini pula kebanyakannya tempat penginapan mereka tersangatlah dekat dengan masjid. Jadi untuk orang tua mereka hanya perlu berjalan sedikit sahaja untuk pergi ke masjid dan balik.

Tabung Haji sekarang mempunyai RM19 ke RM20 billion aset atau harta, dan aset ini telah di bawa keluar dari Tabung Haji dan dipindahkan ke ‘Special Purpose Vehicle’ atau ‘SPV’

Sekarang, apa yang mereka hendak buat ialah membunuh semua agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menguruskan perkhidmatan Umrah, dimana kesemua syarikat dan agensi ini adalah kepunyaan orang Melayu. Tabung Haji akan mengambil alih dan mengawal kesemua perkhidmatan pengurusan Umrah dan termasuklah ‘Ground Handling’, maka ‘Ground Handling’ ini akan dikontrakkan kepada orang Arab. Maka habislah syarikat dan agensi pelancongan Melayu yang menguruskan perkhidmatan Umrah ini.

Tabung Haji langsung tidak protes atau bersuara tentang hal ini. Mereka memilih untuk berdiamkan diri.

Persoalannya, mengapa Lim Guan Eng (seorang yang bukan Islam, walaupun dia Menteri Kewangan) masuk campur dalam hal yang memang terangnya perniagaan orang Islam. Agensi pelancongan dan syarikat pelacongan swasta ini sudah berpuluh-puluh tahun lamanya wujud seawal tahun 70an sampailah ke sekarang. Nak dekat 40 tahun perniagaan yang mengutungkan orang Melayu ini wujud. Kenapa baru sekarang Kerajaan nak monopolikan perkhidmatan ini, kenapa tidak monopoli dari dulu lagi.

Persoalannya, mengapa Guan Eng (seorang yang bukan Islam, walaupun dia Menteri Kewangan) masuk campur dalam hal yang memang terangnya perniagaan orang Islam.

Tabung Haji sebenarnya bukanlah dibawah Kerajaan. Organisasi ini sebenarnya dimiliki oleh ‘pendeposit’. Maknanya, mereka yang menyimpan duit untuk pergi menunaikan haji itulah pemilik yang sebenar dan bukannya Kerajaan. Jadi, Kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan Tabung Haji.

Disebabkan banyak agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menawarkan perkhidmatan Umrah, maka wujudlah persaingan antara mereka yang menguntungkan orang Melayu. Jika Tabung Haji membunuh agensi dan syarikat pelancongan ini dan memonopolikan perkhidmatan Umrah, ianya sama seperti apa yang Tabung Haji lakukan terhadap perkhidmatan Haji, iaitu hanya satu sahaja syarikat yang akan menguasai pengurusan perkhidmatan untuk orang Melayu pergi menunaikan Ibadah Haji atau pun Umrah.

Maka, tidak akan ada lagi persaingan dan harga pula akan dikawal oleh mereka. Disebabkan itu kita akan perlu membayar perkhidmatan dengan harga yang lebih tinggi, yang ada sekarang ini pun memang sudah mahal dan Tabung Haji yang akan memperolehi kesemua keuntungan.
Tabung Haji sekarang mempunyai RM19 ke RM20 billion aset atau harta, dan aset ini telah di bawa keluar dari Tabung Haji dan dipindahkan ke ‘Special Purpose Vehicle’ atau ‘SPV’. Dalam erti kata lain, Tabung Haji tidak mempunyai sebarang aset kerana asetnya telah pun dibawa keluar.

Sekiranya perkhidmatan Umrah ini dimonopolikan oleh Tabung Haji dan perkhidmatan Haji pula sememangya dimonopolikan oleh Tabung Haji, adakah keuntungan yang diperolehi Tabung Haji akan dimileki oleh Tabung Haji atau keuntungan itu akan diberi kepada ‘SPV’ kerana ‘SPV’ memiliki kesemua perniagaan.

Jemaah Haji jadi mangsa tindakan Guan Eng

Masalahnya sekarang adalah mereka yang mendeposit duit ke Tabung Haji sudah semestinya menjangka untuk mendapat dividen. Sebagai contoh, katakanlah anda mendepositkan RM1 juta kedalam Tabung Haji, jangkaan anda untuk dapat dividen adalah 6%, 7% atau pun 8%. Tetapi sekarang ini Tabung Haji tidak dapat membuat keuntungan kerana ‘SPV’ telah mengambil alih.

Maknanya keuntungan anda akan ke ‘SPV’ bukannya ke Tabung Haji.
Berjuta-juta orang kampung yang masih menyimpan duit didalam Tabung Haji tetapi keuntungan tidak akan diperolehi oleh Tabung Haji.

Bagaimana Tabung Haji akan membayar 6%, 7% atau 8% dividen. Kemungkinannya Tabung Haji hanya boleh membayar 1% atau 2% dividen dan berjuta-juta orang yang menyimpan duit didalam Tabung Haji tidak akan mendapat pulangan yang berbaloi. Kalau nak ikutkan, pendeposit ini boleh sahaja menyimpan ke tempat lain yang boleh memberikan dividen yang lebih tinggi.

Itu adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh Tabung Haji. Mereka merompak Tabung Haji dan memastikan keuntungan yang dibuat adalah di luar Tabung Haji.

Ini merupakan masalah yang sangat berat. Tapi nampaknya Tabung Haji sendiri tidak bersuara. Mereka memilih untuk berdiamkan diri. Mungkin mereka tidak boleh membantah disebabkan factor politik.

Oleh SD Salleh

https://pakdin.my/tag/lim-guan-eng
https://pakdin.my/tag/tabung-haji

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...