UtamaPOLITIK#PRKDUNSemenyih: Yang...

#PRKDUNSemenyih: Yang mendakwa ada bukti dana RM90 juta PAS, sila bawa ke SPRM untuk siasatan - pakdin.my

“Yang mendakwa ada bukti dan sebagainya diharap dapat membawa bukti tersebut ke depan untuk membantu SPRM.” – Nasharuddin Mat Isa

Ramai yang sembang ada bukti tapi tak ada yang tampil dengan bukti. Bila tak boleh nak bagi bukti maka dosa fitnah yang dapat.
………………
Dana RM90 juta: Nasharudin serah dokumen kepada SPRM

Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tampil menyerahkan beberapa dokumen dan penyata kewangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima dana RM90 juta dikatakan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bekas Timbalan Presiden Pas itu turut menyerahkan maklumat kewangan peribadi serta beberapa penyata bank lain yang diminta termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang beliau merupakan Pengerusi Eksekutif.

Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM, di sini, Nasharudin berkata, beliau amat berpuas hati dan berterima kasih kepada suruhanjaya itu kerana memberi peluang kepadanya untuk membuat penjelasan dan menyerahkan semua bukti yang diperlukan.

Beliau berkata, sesi temu bual itu digunakan bagi menjelaskan hal berkenaan sumber kewangan dan bagaimana ia dibelanjakan, yang kesemuanya terkandung di dalam penyata kewangan yang diserahkan.

“Saya harap SPRM diberikan ruang seluasnya untuk membuat siasatan dan kepada mana-mana pihak, contohnya yang mendakwa ada bukti dan sebagainya diharap dapat membawa bukti tersebut ke depan untuk membantu SPRM.

“Saya juga berterima kasih kepada SPRM kerana cepat bertindak susulan laporan polis yang dibuat baru-baru ini berhubung kontroversi dana RM90 juta itu,” katanya.
Ditanya berhubung status dana RM90 juta tersebut, Nasharudin berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan SPRM untuk menyiasat dan membuat kenyataan bagi menjelaskan berkenaan perkara itu.

Beliau akan menyambung keterangan pada 3.30 petang di SPRM bagi memperincikan beberapa perkara yang tertangguh, untuk menunaikan solat Jumaat.
Kehadiran bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada 8.40 pagi tidak disedari pengamal media yang menunggu sejak awal sehingga disahkan oleh jurucakap SPRM.

Selain Nasharudin, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa dilaporkan turut akan dipanggil hari ini, bagi dirakam keterangan berhubung isu sama.

Husam yang dihubungi bagaimanapun berkata, beliau kini berada di Kelantan dan tidak dimaklumkan untuk hadir memberi keterangan oleh SPRM.

Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas pernah mendakwa beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan Pas.

Mereka ialah antara empat individu yang dilapor disenarai awal oleh SPRM sebagai saksi penting bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima RM90 juta dikatakan daripada 1MDB.

Anggota Jawatankuasa Pas, Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula hadir di ibu pejabat SPRM Kelantan hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan dimulakan mengikut bidang kuasa SPRM susulan laporan polis dibuat orang awam yang kemudian dirujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada suruhanjaya berkenaan.

Isu Pas menerima wang daripada Umno timbul semula apabila Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada 1 Februari lepas, membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown, berhubung artikel mengandungi tuduhan terbabit. – Bernama

Rujukan:
https://pakdin.my/?s=Nasharuddin

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...