[Video] Penyampai berita sebak: umum 24 staff TV3 tamat tugas termasuk dirinya

PH Menang, Rakyat Senang.
24 staff unit berita TV3 menamatkan tugas mereka semalam termasuk penyampai berita Buletin Utama, Azewati Zenol Abidin. Perkara ini diumumkan oleh penyampai, Mior Abdul Malek Raiyani ketika slot akhir Buletin Utama semalam.

Azewati Zenol Abidin yang berkhidmat selama 16 tahun di stesen telivisyen swasta itu kelihatan  sebak ketika menyampaikan kata-kata terakhir.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua penonton Buletin Utama atas sokongan selama saya bersiaran. Dengan kerendahan hati, saya memohon maaf jika ada sebarang kesilapan sepanjang khidmat saya di kaca TV anda” – Azewati Zenol Abidin

Selain Azewati, penerbit eksekutif Buletin Utama termasuk 23 orang lagi turut menamatkan tugas mereka semalam.

“Dan selain Aza, penerbit eksekutif kami, Norzati Arish juga menamatkan tugas.. beliau bersama 23 orang lagi kakitangan lain termasuk editorial, sokongan dan penerbitan yang rata-ratanya menabur jasa setelah lebih dua dekad menabur jasa dengan TV3, tamat pada hari ini. Mewakili seluruh tenaga produksi malam ini, saya Mior Abdul Malek Reyani mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua” – Mior Abdul Malek

Ketika itu beberapa kakitangan TV3 muncul di atas pentas dengan membawa sebiji kek. Azewati kemudian tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika memotong kek tersebut.

Video tersebut tular di media sosial yang setakat ini mendapat 4, 000 perkonsian dan 522, 000 paparan.

Pada Januari lepas, The Malaysian Reserve melaporkan Media Prima Bhd telah menawarkan mutual separation scheme (MSS) kepada pekerja anak syarikatnya di Sistem Telivisyen Malaysia Bhd  (STMB) untuk merasionalisasikan tenaga kerjanya berdasarkan keperluan terkini.

Tambah laporan itu, pada November 2018, STMB telah memberhentikan 190 pekerja dari operasi sokongan teknikal dan jabatan perkhidmatan kreatif, dengan memberikan notis tiga bulan.

Ia juga menawarkan MSS kepada 43 pekerjanya, 24 dari itu adalah dari unit berita dan isu terkini, manakala 19 dari jabatan perkhidmatan pengurusan.

Pada Januari 2018, Pemuda Pakatan Harapan (PH) berikrar mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan menetapkan gaji minimum RM2,500 jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...