Setiap penggal isytihar harta semasa menjadi MB, pergi lah semak dengan SPRM dan SUK Negeri, kata Tok Mat Hasan #PRKRantau - pakdin.my

Calon Barisan Nasional bagi pilhan raya kecil Rantau, Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta kerana beliau bukan lagi menteri besar Negeri Sembilan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, pengisytiharan harta bukan perkara baru kerana ia dipratikkan sejak zaman pentadbiran BN.

“Saya setiap penggal isytihar harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi menteri besar.

“Sekarang saya sudah tidak jadi menteri besar, tak pegang jawatan, tidak perlu isytihar harta. Lagipun, harta saya makin lama makin susut, tidak bertambah.

“Saya terpaksa jual rumah, jual kereta dan jual tanah untuk kurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan, cuma pencen saja,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama BN hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Mohamad kenapa tidak mengisytiharkan harta berbanding calon Pakatan Harapan, Dr S Streram dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang sudah berbuat demikian.

Hari ini, Mohamad berkata, beliau tidak nampak relevan mengisytiharkan harta dengan PRK Rantau.

“Apa yang hendak dibuktikan? Tapi, bagi pihak sana (PH), pengisytiharan harta itu perlu kerana mereka sudah jadi kerajaan.

“Macam Saifuddin itu perlu sebab dia menteri, tapi kalau Streram nak isytihar harta dia untuk apa? Tiada keperluan pun,” katanya.

Tolak cadangan anjur jamuan jika menang PRK Rantau

Mohamad turut membidas tindakan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron berjanji menghadiahkan 2 ekor kambing untuk tujuan mengadakan kenduri, jika BN menang di sebuah daerah mengundi di PRK Rantau.

“Itu salah, tidak boleh janji macam itu. Itu dia janji, lantak dialah. Nanti dia kita ‘kambingkan’,” katanya dalam nada berseloroh.

Maklumat Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
https://pakdin.my/prk-rantau

UTAMAPILIHAN RAYASetiap penggal isytihar harta semasa menjadi MB, pergi lah semak dengan SPRM...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium