UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA'Bil elektrik pun Tok...

‘Bil elektrik pun Tok Mat bantu bayarkan’ kata pengundi #PRKRantau - pakdin.my

Selama 14 tahun menjadi wakil rakyat Rantau dan Menteri Besar Negeri Sembilan, sumbangan Datuk Seri Mohamad Hasan bukan hanya sekadar membawa pembangunan dan meningkatkan kemudahan kepada kawasan itu.

Sebaliknya diakui oleh banyak penduduk, hubungan rapat, sentuhan peribadi dan kemurahan hati Mohamad dengan rakyat menjadikan Timbalan Presiden UMNO itu amat disenangi dan disayangi ramai.

Kemurahan hati Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat itu menjadikannya tempat pengharapan terutama dalam kalangan penduduk yang kurang berkemampuan.

Sehinggakan, menurut peniaga gerai makan di pekan Rantau, Khairi Musa, 50, Tok Mat jugalah menjadi tempat bantuan bagi mereka menyelesaikan tunggakan bil elektrik dan sebagainya.

“Ramai yang tak dapat bayar bil elektrik, sudah dapat surat merah, hampir kena potong, semua jumpa dengan dia, minta tolong bayarkan. Sampai begitu sekali beliau jaga penduduk di sini.

“Siapa-siapa yang pernah dibantu oleh Tok Mat di Rantau tapi tidak mengundi beliau semasa PRK nanti, tak tahulah bagaimana mahu kata,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Khairi menambah, dulu setiap hari Khamis, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau pasti dipenuhi rakyat yang mahu bertemu Tok Mat bagi memohon bantuan dan mengadu pelbagai masalah.

“Sentiasa sibuk pada hari Khamis, penuh dengan orang ramai. Tetapi apa yang saya yakin semua yang datang itu biasanya tidak akan pulang hampa,” katanya yang berasal dari Sungai Manik, Perak tetapi telah menetap di Rantau sejak tahun 1982.

Sementara itu, peniaga, Mariam Yusop, 67, berkata, hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali pastinya dinanti-nantikan penduduk di sini.

“Warga emas tentunya paling seronok, merekalah golongan yang paling tidak akan dilupakan oleh Tok Mat. Semasa Hari Raya Aidilfitri pula, pekan Rantau akan meriah kerana Tok Mat akan membuat rumah terbuka, rakyat hadir dari seluruh negeri, juga dari luar Negeri Sembilan.

“Begitu juga saya difahamkan semasa sambutan Deepavali, masyarakat India banyak yang mendapatkan bantuan daripada Tok Mat termasuklah bagi tujuan membeli barangan membuat kuih-muih untuk perayaan tersebut,” katanya.

Suami Mariam, Sulaiman Abdullah, 67, pula berkata, pelajar dan murid di Rantau yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta yang berjaya melanjutkan ke institusi pengajian tinggi juga akan mendapat bantuan daripada Tok Mat.

“Pelajar yang dapat masuk universiti pasti mendapat bantuan kewangan bagi tujuan meringankan beban semasa pendaftaran. Mereka yang dapat sambung pelajaran ke Sabah atau Sarawak akan dapat bantuan lebih sedikit.

“Ada seorang ibu dalam kalangan masyarakat India di sini yang berterus terang dengan saya baru-baru ini bahawa dia akan mengundi BN. Ini kerana mengenangkan jasa Tok Mat yang banyak membantu anaknya semasa menyambung pelajaran dahulu, sehingga kini dapat memperoleh pekerjaaan dan gaji mencecah RM28,000 sebulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

………..
Maklumat Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
https://pakdin.my/prk-rantau

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...