UtamaPOLITIKKolumnis Sinar Pertikai Laporan...

Kolumnis Sinar Pertikai Laporan Polis Kali Kedua Ke Atas KLVC - pakdin.my

Seorang kolumnis portal Sinar Harian hari ini mempertikaikan laporan polis kali kedua yang dibuat oleh Pengarah Besar Felda, Othman Omar sehari sebelum Laporan Kertas Putih Felda (LKPF) dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai tindakan yeng bermotifkan politik.

“Oleh kerana LKPF bertujuan mencari salah kerajaan terdahulu, maka keseluruhan RM1.4 bilion (24.0 peratus) yang digunakan untuk pelaburan jangka panjang diklasifikasikan sebagai pelaburan baharu yang tidak menguntungkan.

“LKPF mengabaikan input siasatan dan pendakwaan mengenai isu-isu Felda yang dilakukan sebelum Mei 2018. Seolah-olah semua ini hanya diambil tindakan selepas pertukaran kerajaan.

“Pengarah Besar Felda, Othman Omar membuat dua laporan polis sehari sebelum LKPF dibentangkan. Ini menunjukkan bahawa hasrat sebenar laporan ini adalah untuk meriuhkan persengketaan politik,” kata kolumnis, Ab Jalil Backer menerusi tulisannya hari ini.

Menulis lebih lanjut Ab Jalil yang juga Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) mendedahkan bekas Pengerusi Felda di zaman kerajaan BN memerintah telah pun membuat laporan polis berkaitan isu yang sama dan siasatan mendapati tiada kes.

“Salah satu laporan polis tersebut ialah mengenai projek usaha sama pembangunan Kuala Lumpur Vertical Center (KLVC). Kontroversi projek ini bermula sejak awal Januari 2018 apabila Pengerusi Felda pada masa itu, Tan Sri Shahrir Samad membuat laporan polis.

“Namun pada 16 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa siasatan berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC telah ditutup.

“Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, tiada sebarang kes pendakwaan akan dibuat ke atas Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade).

“Justeru untuk apa laporan polis bagi isu yang sama? Keputusan siasatan polis (telah) dibuat ketika kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ab Jalil juga menyifatkan pembentangan LPKF baru-baru ini tanpa sedar mendedahkan kebaikan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mengambil cakna dan prihatin dengan nasih peneroka Felda.

“Sebenarnya LKPF memberi banyak gambaran positif kepada kerajaan Barisan Nasional dan pengurusan terdahulu berbanding apa yang cuba ditonjolkan oleh ucapan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Misalnya dalam halaman 24 LKPF, panel mengkritik tindakan Felda memberi subsidi yang tinggi kepada projek perumahan generasi kedua.

“Menurut laporan tersebut, Felda perlu menanggung subsidi sejumlah RM897 juta untuk melaksanakan program PGBF. Kos pembinaan rumah PGBF sebanyak RM198,000 seunit adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan yang bermula dari RM90,000 seunit.

“LKPF menganggap tanggungan subsidi yang tinggi telah membebankan Felda, terutamanya dalam situasi aliran tunai yang kritikal pada masa ini. LKPF juga mengkritik tindakan pengurusan lama Felda yang membelanjakan RM4.6 bilion hasil penyenaraian FGV kepada kebajikan peneroka Felda,” katanya. – SuaraTV

…….
Berikut ialah tulisan penuh Ab Jalil Backer:

Felda: Antara ihsan dan tiada perasaan

RIUH RENDAH negara membincangkan Laporan Kertas Putih Felda (LKPF) seolah-olah Felda di ambang kemusnahan. Mana mungkin Felda yang mempunyai aset RM25 bilion berbanding liabiliti RM14.4 bilion akan musnah.

Sebenarnya LKPF memberi banyak gambaran positif kepada kerajaan Barisan Nasional dan pengurusan terdahulu berbanding apa yang cuba ditonjolkan oleh ucapan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Misalnya dalam halaman 24 LKPF, panel mengkritik tindakan Felda memberi subsidi yang tinggi kepada projek perumahan generasi kedua.

Menurut laporan tersebut, Felda perlu menanggung subsidi sejumlah RM897 juta untuk melaksanakan program PGBF. Kos pembinaan rumah PGBF sebanyak RM198,000 seunit adalah jauh lebih tinggi berbanding harga jualan yang bermula dari RM90,000 seunit.

LKPF menganggap tanggungan subsidi yang tinggi telah membebankan Felda, terutamanya dalam situasi aliran tunai yang kritikal pada masa ini. LKPF juga mengkritik tindakan pengurusan lama Felda yang membelanjakan RM4.6 bilion hasil penyenaraian FGV kepada kebajikan peneroka Felda.

Dalam penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 2012, Felda menerima RM6 bilion. Kerajaan menganggap sejumlah RM4.6 bilion telah dibelanjakan secara tidak produktif iaitu, Pemberian Khas Peneroka (RM1,690 juta), Bonus kepada Petugas (RM20 juta), Sumbangan one-of Negeri (RM550 juta), Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka (RM400 juta), Perbelanjaan Penyenaraian RM177 juta), Penebusan Saham FGV (RM406 juta), Perbelanjaan Modal (RM1,316 juta).

Oleh kerana LKPF bertujuan mencari salah kerajaan terdahulu, maka keseluruhan RM1.4 bilion (24.0 peratus) yang digunakan untuk pelaburan jangka panjang diklasifikasikan sebagai pelaburan baharu yang tidak menguntungkan.

LKPF mendedahkan bahawa aset Kumpulan Felda telah meningkat daripada RM12.1 bilion pada tahun 2007 kepada RM25 bilion pada tahun 2017. Tidak dinafikan bahawa liabiliti Felda turut meningkat RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017.

Jumlah peningkatan liabiliti ini seiring dengan peningkatan aset kerana Felda sedang mengembangkan strategi perniagaannya. Daripada RM14.4 bilion liabiliti tersebut, RM12.1 bilion adalah pinjaman. Dalam masa yang sama peneroka berhutang dengan Felda sebanyak RM7.7 bilion.

LKPF juga jelas ditulis mengambil pendekatan politik partisan. Misalnya, kekurangan tunai Felda bukanlah perkara baharu dan telah disedari oleh pengurusan sejak 2017 lagi. Malah pada Oktober 2017, Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Shahrir Samad telah pun mengarahkan penjualan beberapa aset perniagaan bukan cabang perniagaan utama bagi meningkatkan aliran tunai Felda.

Demikian juga dalam beberapa kes pembelian aset oleh anak syarikat Felda, Felda Invesment Center (FIC), yang ditimbulkan oleh LKPF. Ia bukan perkara baharu kerana telah dilapor, disiasat dan sebahagiannya telah dalam pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa tahun lalu.

LKPF mengabaikan input siasatan dan pendakwaan mengenai isu-isu Felda yang dilakukan sebelum Mei 2018. Seolah-olah semua ini hanya diambil tindakan selepas pertukaran kerajaan.

Pengarah Besar Felda, Othman Omar membuat dua laporan polis sehari sebelum LKPF dibentangkan. Ini menunjukkan bahawa hasrat sebenar laporan ini adalah untuk meriuhkan persengketaan politik.

Salah satu laporan polis tersebut ialah mengenai projek usaha sama pembangunan Kuala Lumpur Vertical Center (KLVC). Kontroversi projek ini bermula sejak awal Januari 2018 apabila Pengerusi Felda pada masa itu, Tan Sri Shahrir Samad membuat laporan polis.

Namun pada 16 September 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa siasatan berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC telah ditutup.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, tiada sebarang kes pendakwaan akan dibuat ke atas Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade).

Justeru untuk apa laporan polis bagi isu yang sama? Keputusan siasatan polis dibuat ketika kerajaan Pakatan Harapan.

Malah pada 21 September 2018 Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, memberitahu The Edge bahawa Felda merancang untuk memulakan rundingan semula dalam projek KLVC.

“Federal Land Development Authority (Felda) plans to restart discussions with Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) master developer Synergy Promenade Sdn Bhd on the project to reach a win-win solution.”

Apa yang jelas dalam LKPF ini ialah kerajaan terdahulu bersifat ihsan peneroka dan kerajaan sekarang yang seolah-olah tiada perasaan.

* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis dan Kolumnis di akhbar/portal SInar Harian

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...