Memorandum kepada Tun M minta SPRM siasat pemberian tender kutipan sampah - pakdin.my

Wakil kontraktor-kontraktor kutipan sampah di negeri Kedah dan Perlis menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud unsur salah guna kuasa dan rasuah dalam penganugerahan tender-tender kutipan sampah di negeri itu.

Wakil kontraktor berkata memorandum berkenaan merangkumi fakta-fakta pendedahan tentang salah guna kuasa melibatkan pihak pengurusan syarikat Environment Idaman yang memberi kontrak-kontrak kutipan sampah kepada syarikat-syarikat yang dipercayai adalah kroni, proksi, dan ahli keluarga terdekat.

Beliau memberi contoh di mana syarikat Enviroment Idaman dikatakan memberi projek secara terus kepada beberapa buah syarikat yang baharu dan terbukti tidak mempunyai kelengkapan lori serta pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah.

“Kami minta SPRM menyiasat secara terperinci isu ini kerana syarikat Environment Idaman terbukti tidak mengikut proses aturan tender yang betul dan menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan kontraktor-kontraktor yang tidak memenuhi kriteria tender,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, ada syarikat yang hanya ditubuhkan beberapa bulan turut mendapat projek-projek kutipan sampah dan berharap Perdana Menteri dapat membela nasib kontraktor-kontraktor yang memenuhi syarat tetapi diketepikan oleh syarikat Environment Idaman.

UTAMABERITAMemorandum kepada Tun M minta SPRM siasat pemberian tender kutipan sampah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium