Penarafan Petronas jatuh, Pakatan Harapan cipta rekod terburuk

Penurunan penarafan Petronas dari A1 kepada A2 oleh Moody’s Investors Service disifatkan sebagai rekod baharu yang dicipta lagi oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Najib Razak berkata, syarikat minyak milik negara itu kekal mendapat A1 sepanjang pentadbirannya walaupun melalui krisis kejatuhan harga minyak paling teruk dalam sejarah.

“Rekod baru dicipta lagi oleh kerajaan PH,” sindirnya.
Beliau turut menyenarai rentetan penarafan Petronas.

20 Jul 2010: Penarafan A1 , prospek dari negatif ke stabil.

22 Jun 2012: 16 Mei 2013: Penarafan A1 , prospek stabil.

16 Mei 2013: Penarafan A1 , prospek stabil.

16 Dis 2015: Penarafan A1 , prospek stabil walaupun harga minyak dunia pada masa itu jatuh 80% ke bawah US$30 satu tong.

17 Mac 2016: Penarafan A1 , prospek stabil.

30 Ogos 2017: Penarafan A1 , prospek stabil.

28 Mar 2018: Penarafan A1 , prospek stabil.

Perbandingan dilakukan semasa Petronas di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

20 Ogos 2018: Penarafan A1 , prospek stabil.

08 Nov 2018: Penarafan A1 , prospek dari stabil ke negatif.

21 Jun 2019: Penarafan ke A2.

Semalam, syarikat penarafan kredit antarabangsa itu telah menurunkan penarafan Petronas. Ia diturunkan dari A1 kepada A2 menurut laporannya.

Bekas perdana menteri itu pernah memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan mengenai kemungkinan itu pada tahun lepas.

“Tahun lepas, saya telah memberi amaran tentang ini apabila PH meningkatkan ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak kepada tahap yang tinggi dan setelah mereka menjarah RM82 bilion dari Petronas,” ujarnya.

Petronas yang mengulas mengenai perkembangan terbaharu itu berkata, walaupaun penarafannya turun tetapi asas kukuhnya kekal tidak berubah.

Katanya, syarikat itu secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif dan imbangan tunai bersih yang sihat yang membolehkannya menahan ketidaktentuan dan kejutan dalam pasaran.

Facebook Najib Razak

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...