Menangis konon, Keluarga Beng Hock usah nak berlakon lah - pakdin.my

Pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan apabila kes kematian Teoh Beng Hock mahu dibangkitkan semula oleh keluarga mendiang, walaupun isu berkenaan sudah ada keputusannya.

Beliau turut menempelak kenyataan adik mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan di Facebooknya yang mendakwa kecewa terhadap kerajaan kerana mengklasifikasi siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Lebih hebat lagi lakonannya, adik mendiang Teoh Beng Hock, berani berkata jika mendiang Karpal Singh masih hidup sudah tentu nasib mendiang abangnya (TBH) terbela. Seolah-olah mendiang suci bersih daripada noda? Mahu berlagak Tuhan pulak dia.

“Ini satu penghinaan kepada peguam yang lain seolah-olah tidak ada peguam setara Karpal Sigh? Rindu kepada Karpal Singh konon? Hebat sangatkah Karpal Singh sehingga boleh mengubah dunia?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Khamis lalu, Lee Lan meluahkan rasa kesalnya di Facebook apabila ahli-ahli politik yang dahulunya lantang kini hanya berdiam diri dalam era Malaysia baharu.

Lee Lan mendakwa, Kabinet tidak berjaya mengotakan janji mereka tahun lepas untuk menyiasat kematian abangnya yang juga merupakan pembantu politik kepada seorang Adun DAP.

Ridhuan Tee menegaskan, baik kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), kedua-duanya sudah melakukan yang terbaik untuk memberi keadilan kepada mendiang Beng Hock.

Bahkan, katanya, kerajaan PH juga sudah melakukan sebaik mungkin untuk memberikan keadilan kepada Beng Hock, walaupun ia mungkin tidak diperoleh ketika BN menjadi pemerintah.

“Menteri Dalam Negeri sudah memberikan pertimbangan sebaik mungkin sebelum mengeluarkan kenyataan, sebab itu hormat pendirian menteri, tak usahkan berlagak seperti hero.

“Jangan kamu sangka apabila beralih kerajaan, ‘ketidakadilan’ akan menjadi ‘keadilan’, begitu juga ‘keadilan’ akan menjadi ‘ketidakadilan’. Keadilan tetap keadilan, ia telah pun diberikan mengikut prosedur undang-undang.

“Sebenarnya, keadilan sudah pun diberikan, kamu sahaja mengada-ngada. Menangis konon? Tak usah berlakonlah,” katanya.

Ridhuan Tee berkata, adalah lebih baik jika Lee Lan tampil ke hadapan memperjuangkan nasib anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang begitu misteri dengan campur tangan Peguam Negara dan tangan-tangan ghaib.

“Sekurang-kurangnya, dalam kes mendiang abang kamu, kerajaan BN dan kerajaan PH telah melakukan yang terbaik untuk memberikan keadilan kepada abang kamu, tetapi sehingga kini, mentang-mentang kamu berjaya menumbangkan BN, kamu mahu tuntut lagi perkara yang telah selesai.

“Sudahlah, banyak kerja lain yang lebih bermanfaat yang perlu dilakukan. Dibimbangi jika terus dibuka dan dibuka kes ini, aibnya akan menempel lagi ke arah kamu dan keluarga dan bukan lagi simpati,” katanya.

Pada 16 Julai 2009, Beng Hock ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan ketika itu.

Siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa kes itu kini disiasat semula mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu menahan atau mengurung secara salah.

UTAMAPOLITIKMenangis konon, Keluarga Beng Hock usah nak berlakon lah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium