UtamaGAYA HIDUPHati jadi gelap antara...

Hati jadi gelap antara 10 kesan buruk kerana tonton bahan lucah - pakdin.my

AWAL minggu ini kita telah dikejutkan dengan kelakuan seorang murid berumur 12 tahun menodai kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Kita juga pernah dikejutkan dengan pelbagai berita menyedihkan mengenai sumbang mahram yang begitu teruk dan dashyat.

Keruntuhan akhlak dan budaya kita ini berpunca daripada laman sesawang yang mendedahkan bahan-bahan porno yang mudah diakses di internet.

Pornografi mendatangkan kesan negatif kepada semua peringkat sama ada kepada golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.

Dr. Victor Cline (2008), pakar psikoterapi dan juga Professor Emeritus dalam bidang Psikologi di University Utah, Salt Lake City, dalam menangani masalah ketagihan seks menyatakan penggunaan pornografi dilakukan secara berterusan dan jika dibiarkan akan membawa kepada ketagihan yang lebih teruk (bermula daripada soft pornography kepada hard core pornography).

Beliau juga menyatakan pornografi juga boleh membawa kepada tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini berlaku kerana penonton pornografi akan cuba beraksi berdasarkan pada apa yang dilihat, berfantasi dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan atau menghancurkan seseorang.

Islam yang membawa kepada kerahmatan, kemuliaan dan kebaikan telah menegaskan bahawa seseorang itu jika melihat sesuatu perkara yang bukan haknya maka hendaklah ia menundukkan pandangan.

Ini kerana matalah yang menjadi punca kepada segala bentuk maksiat yang ingin dilakukan. Firman Allah didalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (30).

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (31).

Para alim ulamak mengatakan bahawa dalam konteks ayat ini dapat difahami bahawa dengan menjaga penglihatan maka kehormatan diri juga akan dapat dijaga dengan baik.

Ia juga akan membersihkan hati. Sebaliknya mata yang dibiarkan bebas tidak dapat lari daripada melihat perkara-perkara yang haram dan perkara-perkara yang dilihat itu akan melekat pada hati seterusnya membentuk cita-cita dan khayalan yang panjang serta terjauh dari mengerjakan kebaikan.

Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi telah menukilkan berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:

1. Terhalang dari mendapat ilmu
2. Terhalang dari rezeki yang murah
3. Merasa jauh dari rahmat Allah
4. Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia
5. Segala urusan menjadi sukar dan sulit
6. Hati menjadi gelap
7. Terhalang dari melakukan ketaatan
8. Boleh memendekkan umur seseorang
9. Mengheret kepada kemungkaran yang lain
10. Melemahkan ransangan ketaatan

Menyekat laman sesawang porno sahaja tidak mencukupi jika semua pihak tidak bersungguh-sungguh dalam membenteras masalah ini bersama.

Mewujudkan pendidikan seks di sekolah-sekolah juga bukan merupakan satu jalan yang terbaik pada masa sekarang.

Ini kerana masih banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya maksiat itu seperti percampuran lelaki perempuan secara bebas, iklan-iklan yang menghairahkan serta rancangan-rancangan yang boleh merosakkan nilai akhlak seseorang dan juga lawak-lawak yang berunsur lucah dari pelawak atau pelakon yang sengaja melakukannya.

Ini semua bukanlah daripada budaya masyarakat Malaysia yang sinonim dengan kelembutan, kebaikan, perasaan malu yang tinggi dan adab-adab yang baik serta sopan santun. Benarlah kata baginda Rasulullah didalam sebuah hadis iaitu: Jika kamu tidak ada perasaan malu, maka buatlah sesuka hati kamu. (bukhori : 3224).

Kepada ibu-bapa, perhatikanlah sikap atau tingkah laku anak-anak dan didiklah mereka sebaik mungkin agar tidak terlibat dalam perbuatan yang dilarang Allah selain memantau aktiviti dilakukan.

Oleh: Dr. Nur Mohammad Hadi ZahalN
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...