Bersatu tidak sama dengan UMNO – Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan sama dengan parti UMNO seperti yang disangkakan.

Menzahirkan keyakinan terhadap Bersatu, Dr Wan Azizah berkata, parti berkenaan juga tidak sesekali mirip seperti UMNO.

“Ia tidak sama sebab Bersatu ditubuhkan daripada UMNO, jadi dia lain dari UMNO, dia punya asas lain. Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) bila kita bercakap dahulu, kita 21 tahun bersama dengan Reformasi, dan Tun pun berkata dia pun bersama UMNO dahulu lebih daripada itu dan tinggalkan UMNO.

“Jadi apa yang saya faham parti ini (Bersatu) tidak sama. Tun sebagai Presiden UMNO tinggalkan UMNO dan tubuh Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama Wanita Keadilan Pulau Pinang di Pantai Robina di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah parti Bersatu akan menjadi seperti UMNO sekaligus menjadikan ia tidak sama dengan aspirasi Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelawaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu untuk semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu, Dr Wan Azizah berkata pelawaan Dr Mahathir itu kerana Bersatu sebuah parti Melayu, selain untuk menambah ahli serta mengukuhkan kuasa politik parti berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Penasihat PKR berkata, pelawaan Dr Mahathir itu mungkin dibuat bagi menambah bilangan ahli Bersatu.

“Bagaimanapun, saya rasa PAS dan UMNO sudah memberi indikasi bahawa mereka tidak berminat (dengan pelawaan Dr Mahathir untuk menyertai Bersatu),” katanya.

Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru semalam mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Katanya, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...