Haziq kekal reman 6 hari disiasat bawah Seksyen 377B - pakdin.my

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mencabar perintah tahan reman ke atasnya malam Ahad lepas.

Sebaliknya, Hakim Mahkamah Tinggi, Colin Lawrence Sequerah membuat keputusan perintah tahanan reman ke atas Haziq kekal sehingga Sabtu ini.

Manakala perintah tahanan reman ke atas lima lagi yang turut di tahan bersama Haziq pula sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video bersemburit pula telah dikurangkan kepada empat hari.

Menurut Colin, kelima-lima tahanan yang dikaitkan dengan pembikinan dan penularan video seks luar tabii dipercayai telah di rakam di Sandakan, Sabah yang juga dikaitkan dengan seorang Menteri Kanan itu tidak boleh di siasat di bawah Seksyen 377B.

Kata beliau, hanya Haziq di siasat di bawah seksyen tersebut dan perintah tahanan reman itu kekal sehingga enam hari.

“Mustahil sebenarnya untuk menahan kesemua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 377B. Majistret terkhilaf apabila memberikan perintah reman secara sama rata bagi kesemuanya sedangkan hanya Haziq yang disiasat mengikut Seksyen 377B.

“Jadi hanya Haziq kekal dengan tahanan enam hari manakala yang lainnya sudah di pinda kepada empat hari,” kata Colin selepas kedua-dua belah pihak berhujah.

Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Haziq, Ramesh Sivakumar pihaknya tidak berpuas hati dengan keputusan itu namun sebahagian daripada permohonan itu berkaitan tahanan lain telah dibenarkan.

“Hakim, Collin Lawrence Sequerah telah mengarahkan reman Haziq enam hari itu dikekalkan sementara yang lain telah dikurangkan dari enam hari kepada empat hari.

“Hanya sebahagian daripada permohonan kami telah dibenarkan oleh Hakim dengan alasan kelima-lima mereka tidak boleh di siasat di bawah Seksyen 377B kerana hubungan seksual luar tabii.

“Berkemungkinan lima yang lain akan di bebaskan esok manakala Haziq pada Sabtu ini, sebenarnya Haziq telah memberikan kerjasama dengan baik sebelum ini dengan pihak polis malah setiap kali di panggil selama tiga kali telah memberikan kerjasama dengan baik sekali

“Jadi apakah satu keperluan untuk terus menahan reman beliau itu yang kita tidak pasti sebenarnya,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Haziq ketika ini di siasat di bawah Seksyen 377B, Seksyen 292 kerana menyebarkan bahan lucah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Kenam-enam tahanan ini telah mencabar perintah tahanan reman yang telah dibuat oleh pihak polis selepas penyiasatan berkaitan penularan video seks luar tabii itu sejak beberapa minggu lepas.

Namun kenam-enam mereka kemudian membuat permohonan semakan terhadap perintah tersebut atas dakwaan majistret telah terkhilaf kerana kesemua mereka juga didakwa atas dakwaan sama terutamanya di bawah Seksyen 7B Kanun Keseksaan (terlibat dengan seks luar tabii).

Terdahulu enam termasuk Haziq yang berseluar pendek hitam putih serta berkasut sukan masuk bilik mahkamah sempat melemparkan senyuman kepada para media walaupun wajahnya kelihatan keletihan dan sedikit kusut.

UTAMABERITAHaziq kekal reman 6 hari disiasat bawah Seksyen 377B

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium