UtamaNASIONALBapa Adib tuduh peguam...

Bapa Adib tuduh peguam negara halang peguam jalan tugas - pakdin.my

Nampaknya keadilan untuk Adib masih menghadapi cabaran.

Bapa arwah anggota bomba Muhammad Adib Moh Kassim mendakwa peguam negara cuba menghalang Syazlin Mansor daripada menjalankan tugasnya sebagai peguam pemerhati dalam inkues kematian anak beliau.

Mohd Kassim Abdul Hamid juga memfailkan permohonan ex-parte meminta prosiding komital dijalankan terhadap Tommy Thomas dengan berkata, beliau melakukan campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan.

Beliau berkata, prosiding inkues terpaksa ditangguhkan kerana (campur tangan) itu, merujuk kepada penangguhan selama sebulan apabila Syazlin menarik diri daripada mewakili keluarga Adib.

Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Koroner Shah Alam, Selasa, Kassim juga menuduh Tommy secara salah mengambil pendirian dan membuat keputusan pramatang bagi pihak Jabatan Peguam Negara tentang punca kematian Adib.

Beliau berkata, selepas Tommy mengarahkan diadakan inkues ke atas kematian Adib tahun lepas, Syazlin ditugaskan mewakili 3 pihak, iaitu keluarga Adib, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba).

Peguam negara, atau mana-mana pihak tidak membantah perkara itu pada masa itu, kata beliau.

“Bagaimanapun, pada hari ke-35 prosiding yang berlangsung pada 27 Mei 2019, peguam Syazlin Mansor telah menarik diri daripada mewakili KPKT, Bomba dan keluarga Adib,” katanya dalam permohonan itu yang dilihat oleh FMT, merujuk kepada kementerian terbabit dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, selepas dijelaskan oleh kementerian bahawa Syazlin menarik diri berikutan arahan Tommy bahawa beliau tidak boleh mewakili 2 badan kerajaan itu, peguam negara mengeluarkan satu kenyataan yang menggariskan sebab beliau diingkirkan.

Dengan berkata bahawa Syazlin mengambil bahagian aktif dalam inkues berkenaan dan sering bercanggah dengan kedudukan timbalan pendakwa raya, maka adalah jelas Tommy telah mengambil pendirian berhubung punca kematian Adib.

“Setiap dan semua teori mengenai punca kematian hendaklah dibenarkan untuk diteliti dan diperiksa dalam prosiding inkues,” katanya, selain menambah bahawa justifikasi Tommy bersifat remeh, tidak relevan dan sengaja diada-adakan pada masa inkues sudah hampir tamat.

Beliau berkata, Tommy memberitahu Syazlin supaya meninggalkan tugasannya hanya selepas beliau memanggil seorang ahli patologi sebagai saksi pakar yang memberi keterangan bahawa Adib ditarik keluar dari van khidmat bantuan perubatan kecemasan (EMRS) dan dipukul.

Beliau juga merujuk kepada afidavit timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah kepada Mahkamah Rayuan pada April tahun ini yang berkata, kematian Adib bukan kerana dipukul.

Ia juga berkata, ahli patologi forensik yang memberi keterangan kepada inkues itu turut berkata bahawa kematian Adib bukan kerana dipukul.

“Ini sekali lagi adalah kenyataan pramatang yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara yang berada di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Tommy Thomas, pada ketika proses penyiasatan melalui inkues masih berjalan dan belum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Adib merupakan anggota satu pasukan bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Maha Mariamman di Seafield pada 27 November tahun lepas untuk memadamkan kebakaran yang dimulakan oleh perusuh pada malam tersebut.

Beliau yang berusia 24 tahun meninggal dunia 3 minggu kemudian semasa dirawat di Pusat Jantung Negara.

Koroner Rofiah Mohamad, yang juga merupakan koroner dalam inkues Adib, akan membuat keputusan Rabu depan sama ada akan membenarkan permohonan ex-parte itu.

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...