UtamaPOLITIKPendirian PAS dan UMNO...

Pendirian PAS dan UMNO Sokong MB Selangor Kekal - pakdin.my

UMNO dan Pas Selangor menyokong kepimpinan Menteri Besar, Amirudin Shari sehingga habis tempoh sepenggal.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, konflik politik yang melanda negeri itu dikhuatiri akan mengulangi sejarah Langkah Kajang pada 2014 akibat perebutan kuasa.

“Hari ini di negara kita dipenuhi isu-isu berkaitan kekecohan antara Pakatan Harapan yang memimpin negara seolah-olah menyerap di negeri Selangor. Kita cukup khuatir.

“Pas dan UMNO menyokong supaya MB Selangor terus kekal sehingga habis tempoh yang diberikan, kita tidak mahu Langkah Kajang berlaku lagi di Selangor,” katanya pada sidang media.

Katanya, pihak Istana Selangor juga tidak berminat dengan hal yang dicetuskan oleh pemimpin Pakatan Harapan yang akhirnya akan mengganggu tugas pentadbiran negeri.

“Ini juga saya lihat pihak Istana tidak berminat dengan isu-isu ini yang penting kerajaan menjaga rakyat, hentikan hal remeh-temeh, gejolak dan kekecohan di antara mereka,” tambah.

Jelas beliau, situasi ini hanya akan mengakibatkan kekacauan sehingga menjadikan rakyat mangsa.

Sekiranya pilihan raya dilakukan semata-mata untuk menggantikan Menteri Besar, pembaziran juga akan berlaku, tambah Yunus.

Terdahulu UMNO dan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perpaduan Ummah yang dihadiri Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Kedudukan Amirudin Shari dilihat mula goyah kebelakangan ini bermula dengan sokongannya terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung video intim yang dikaitkan dengannya.

Pakatan Harapan Selangor turut dilihat berhadapan konflik apabila usul pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara satu pihak tidak berjaya dibahaskan.

Malah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim bertindak memendekkan sidang Dewan Undangan negeri (DUN) sehingga semalam, meskipun sepatutnya dijadualkan berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos.

Berhubung pendirian berkenaan enakmen penukaran agama, Pas dan UMNO, kata Yunus, menyokong apa juga keputusan selaras dengan kepentingan agama Islam.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...