BERITAPLUS sedia beri kerjasama siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial 

PLUS sedia beri kerjasama siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial 

PLUS Malaysia Berhad melahirkan rasa sedih dan kesal dengan insiden kemalangan yang berlaku di persimpangan Southville City, Bangi semalam hingga mengakibatkan kematian.

Pengendali lebuh raya itu berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan tersebut.

Katanya, PLUS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya lain.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya yang terlibat dalam kemalangan segera menghubungi polis atau membuat laporan di balai polis berdekatan.

PLUS mengulas mengenai kejadian yang menimpa Allahyarham Syed Muhammad Danil Syed Syakir yang maut selepas berlaku perselisihan faham dalam kemalangan tersebut.

Susulan kejadian itu, sepasang suami isteri ditahan sehingga 17 Ogos ini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami