Yew Wei Liang didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebabkan kematian Syed Muhammad Danial - pakdin.my

KAJANG – Suspek lelaki yang didakwa menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, berhampiran susur keluar Southville City dekat Bangi pada 10 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Kajang pagi ini.

Tertuduh Yew Wei Liang, 41, berpakaian baju kemeja T tanpa kolar berwarna hitam dengan tangan bergari dikawal beberapa anggota polis tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh yang menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada 10 Ogos lalu antara jam 1 hingga 2 petang di Kilometer 293.6 Lebuhraya Plus Kuala Lumpur menghala Seremban.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh mengangguk kepala sebagai memahami pertuduhan ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nor Afidah Idris dan tiada pengakuan direkodkan.

Peguambela, Varghese Onny bangun membawa ke pengatahuan mahkamah mengenai aduan suspek mengalami kecederaan dalam tahanan polis mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pembelaan juga mendakwa mereka terima aduan dari bapa tertuduh menerima panggilan dari satu nombor yang dikenalpasti sebagai nombor isteri tertuduh pada 18 Ogos lalu memandangkan ia dalam simpanan polis.

Berikutan itu peguambela mahu mahkamah mendengar aduan berkaitan panggilan itu dibawah Seksyen 133 (1A).

Majistret Nor Afidah menetapkan 27 September ini untuk sebutan semula bagi menerima segala dokumen berkaitan kes serta mendengar dakwaan suspek telah mengalami kecederaan ketika disoal siasat polis semasa dalam tahanan pada Ogos lalu dan juga laporan perubatan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Siti Noor Hafizah Zakaria.

Sebelum ini, suspek dan isterinya yang berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula 11 Ogos lalu sebelum disambung reman pada Sabtu lalu.

Pada 10 Ogos lalu Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Insiden pukul 1.40 tengah hari 10 Ogos lalu berpuunca daripada kemalangan kecil antara kenderaan yang dipandu Allahyarham Syed Muhammad Danial yang membawa perselisihan faham sebelum mangsa dipercayai dilanggar oleh suspek selepas susur keluar tol Bangi arah selatan. 

UTAMABERITAYew Wei Liang didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebabkan kematian...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium