Saturday, January 4, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pekebun didakwa ceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam

RAUB – Seramai lima pekebun durian Musang King didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam.

Bagaimanapun kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Empat individu iaitu Ka Nir, 32 (Indonesia); Ronny Rusly, 46 (Indonesia); Chiah Kin Seng, 54, dan Lavin Chieh Zhe Yueng, 21, didakwa memasuki hutan simpan pada 3 Julai lalu manakala Wong Than Fook, 49, didakwa masuk dalam hutan simpan pada 8 Julai lalu.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didapati berada di dalam kompartmen 175 Hutan Simpan Batu Talam di Raub dan memasuki Hutan Simpan Kekal iaitu hutan tertutup tanpa sebarang permit masuk yang sah.

Oleh itu tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 yang diterima pakai oleh negeri Pahang di bawah Enakmen Perhutanan Negara 1986 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 47 (4) Enakmen yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Afidatul Azwa Kamarulanuar manakala tertuduh diwakili peguam Samantha Chong Yin Xin dan Chong Kar Yan.

Terdahulu Afidatul Azwa memohon mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada tiga tertuduh warganegara Malaysia dan tidak membenarkan jaminan kepada dua warganegara Indonesia iaitu Ka Nir,32, dan Ronny Rusly,46.

Bagaimanapun Samantha memohon jumlah jaminan dikurangkan dan jaminan turut diberikan kepada warga Indonesia memandangkan kesemua tertuduh mempunyai komitmen dan telah dibebaskan sebelum ini dengan jaminan polis.

Samantha berkata, kes itu melibatkan Seksyen 47 (1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 dan bukannya Akta Imigresen malahan dua warga Indonesia terbabit mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta permit kerja.

Ahmad Faizadh kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 kepada empat individu iaitu Ka Nir, Ronny Rusly, Chiah Kin Seng dan Wong Than Fook manakala Lavin Chieh Zhe Yueng ditawarkan jaminan sebanyak RM2,000.

Mahkamah menetapkan 15 September depan bagi sebutan semula kes dan kesemua tertuduh dibebaskan selepas membayar jaminan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

#Tag

Berkaitan

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

Kena tangkap khalwat lepas tengok bunga api

Antara perkara baharu berkuat kuasa bermula hari ini

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

TEKNOLOGI

Adakah kecerdasan buatan akan menjadi cerita tahun 2025

NAJIB RAZAK

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

JENAYAH / MAHKAMAH

EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

DUNIA

Harga elektrik, gas turun Jan-Mac 2025

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Seorang anggota polis wanita berusia 26 tahun ditahan dalam Ops Hiburan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini awal...
JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.
JENAYAH / MAHKAMAH

Kena tangkap khalwat lepas tengok bunga api

Seorang lelaki warga emas berstatus suami orang antara yang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bandraya Melaka di sini, tengah...
AM

Antara perkara baharu berkuat kuasa bermula hari ini

Selain perubahan dalam geopolitik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa, beberapa dasar dan peraturan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Pastikan anda ketahui...
TEKNOLOGI

Adakah kecerdasan buatan akan menjadi cerita tahun 2025

NAJIB RAZAK

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

JENAYAH / MAHKAMAH

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

DUNIA

Harga elektrik, gas turun Jan-Mac 2025

AM

Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya