[Video] Pemandu ambulans KKM maut dalam kemalangan

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu ambulans maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan itu di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.58 pagi itu, mangsa, Shamsul Shamshuri, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi staf Kementerian Kesihatan dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menuju ke Hospital Permai, di sini untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Abdul Jamal berkata, seramai 14 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba didapati empat kakitangan itu iaitu pemandu Shamsul Shamsuri, 49; Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd. Rawi, 41; dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit.

“Pihak bomba menggunakan alatan ‘rescue cutter’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang mengambil masa kira-kira 11 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terkini

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

Ketika perang menghampiri bulan ke-15, rakyat Palestin menanggung kerugian 'tidak tertanggung', dengan 52 maut dibawa ke hospital pada sehari lalu sahaja.
DUNIA

Ribuan penduduk kepulauan Lautan Hindi maut; Taufan Chido paling dahsyat dalam...

Beratus-ratus penduduk dan mungkin beribu-ribu terkorban apabila taufan paling dahsyat dalam tempoh hampir 100 tahun melanda kepulauan Lautan Hindi, Mayotte, menurut seorang pegawai kanan...
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan...

Tiga hari selepas cuba melarikan diri daripada ditahan polis Malaysia dengan melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri, seorang warganegara Thailand ditemui...
SUKAN

Timor-Leste hampir calar maruah Harimau Malaya di laman sendiri

Malaysia nyaris dimalukan pasukan kerdil Timor-Leste selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil...
EKONOMI

Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun...

Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Berkaitan

NAHAS & BENCANA

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga...
JENAYAH / MAHKAMAH

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram...

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai...
NAHAS & BENCANA

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka...
JENAYAH / MAHKAMAH

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.