MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pendakwaan terhadap Noor Ehsanuddin bermotif politik kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

PUTRAJAYA: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpendapat wujud elemen kekurangan fakta dalam siasatan kes terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, sehingga membawa kepada penarikan balik kes pendakwaannya.

Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata LPPR juga berpandangan keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu dibuat tanpa pertimbangan menyeluruh.

Beliau berkata, oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional serta lebih menjurus kepada kepentingan politik, ia menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.

Katanya, LPPR memandang serius penarikan balik kes membabitkan individu tertentu ketika kes sedang berlangsung dan berharap SPRM tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

“LPPR tidak akan bertolak ansur dengan isu berkenaan demi menjaga imej kredibiliti serta intergriti SPRM.

“Saya selaku Pengerusi LPPR bersama enam lagi ahli lain sudah berbincang dan sebulat suara menyatakan pendirian LPPR memandang serius berhubung isu penarikan balik kes membabitkan individu tertentu ketika perbicaraan sedang berlangsung.

“Berkaitan penarikan balik kes terhadap Noor Ehsanuddin, LPPR sudah mendapatkan pandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

“LPPR mengambil maklum penarikan balik kes berkenaan adalah berasas fakta baharu daripada siasatan lanjut selepas tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abu Zahar berkata, beliau tidak mahu segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku sebelum ini terus berulang manakala prinsip semak dan imbang diamalkan sekarang perlu dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti.

Sebelum ini, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap Noor Ehsanuddin oleh pihak pendakwaan adalah berasaskan fakta yang disahkan daripada siasatan lanjut.

Perkara itu bermula apabila tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya mengikut Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan berlangsung.

Noor Ehsanuddin, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dengan 14 pertuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68 daripada sebuah syarikat percetakan, Karya Hidayah Sdn Bhd pada tahun 2014 dan 2015.

Di Mahkamah Johor Bahru, tertuduh didakwa atas 10 pertuduhan termasuk menerima suapan wang tunai bernilai RM50,000 dan sebidang tanah daripada syarikat sama, pada tahun 2013 dan 2014.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas lima pertuduhan menerima benda berharga iaitu penyelenggaraan dua buah kenderaan dan yuran guaman bagi pembelian tanah bernilai RM12,707.60.

Kes di Johor Bahru dan Shah Alam dibicarakan bersama dengan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas