Bot Karam Batang Lassa: Satu Mayat Ditemui Hari Ini - Sepuloh Di...

Bot Karam Batang Lassa: Satu Mayat Ditemui Hari Ini – Sepuloh Di Sahkan Terkorban

bot-karam-daro-Mayat-Ibong-Rais

Tragedi bot terbalik di Mukah, Sarawak.

Satu lagi mayat wanita ditemui pagi tadi.

Ia menjadikan angka korban setakat ini, 10 orang.

Mayat Ibong Rais, 69 tahun ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pengecaman dibuat sepupunya, Yasin Dolahan yang menunggu di jeti Kampung Saai.

Mayat mangsa ditemui antara Tanjung Bubus dan Teluk Geligai kira-kira 7 kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat.

Seorang lagi penumpang yang nasibnya masih tidak diketahui ialah Mahdani Akim, 56 tahun yang juga seorang imam di Kampung Tekajong.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat ketika ini masih diteruskan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

[VIDEO] Bot Karam Batang Kayan: Satu jasad ditemui

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami