BERITAPOLITIKPH: Antara janji VS realiti

PH: Antara janji VS realiti

1. Penceramah penceramah PH semasa berkempen PRU14 menyatakan Ekonomi Malaysia sedang mengalami masalah besar, negara akan Bankrap:

Hakikatnya bila masuk Putrajaya Zetty Aziz menyatakan bahawa Ekonomi Malaysia adalah Stabil.

2. Penceramah penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa kerajaan dulu tidak pandai menguruskan ekonomi negara,

Ketika masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa Rezab Negara berjumlah RM430B dan tertinggi dalam sejarah negara ini

3. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa Harga Minyak akan diturunkan selepas masuk Putrajaya…

Selepas masuk Putrahaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa apungan harga minyak kekal sehingga mereka menemui mekanisma baru. Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menurunkan harga minyak semasa mereka bercakap tentang penurunan harga minyak

4. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan GST sebaik saja mereka masuk Putrajaya,

Ketika mereka masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa kerajaan memerlukan masa 100 hari untuk mencari mekanisma bagi menghapuskannya. Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menghapuskan GST semasa mereka berkempen pada PRU14

5. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan Menghapuskan TOL,

Setelah masuk Putrajaya, TOL tidak dihapuskan kerana masalah penyelenggaraan.

6. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan Pelaburan dari Negara Komunis China akan di lupuskan

Tetapi apabila mereka masuk Putrajaya, Pelaburan dari China adalah bagus dan akan diteruskan.

Hari ini RAKYAT sepatutnya sedar sikap pemimpin-pemimpin PH yang hanya pandai bercakap tetapi masih teraba-raba langsung mencari mekanisma untuk menyelesaikan apa yang mereka cakapkan.

https://pakdin.my/tag/manifesto

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami