BERITAPermaisuri Johor pertahan anak, TMJ ‘dimaki, diperli’

Permaisuri Johor pertahan anak, TMJ ‘dimaki, diperli’

Permaisuri Johor mempertahan anaknya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang “dimaki hamun dengan rancak, diperli dan dijadikan sebagai hiburan…”

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengakui berasa tertekan berikutan perkara itu, susulan pertelagahan istana Johor melibatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Putrajaya.

“Kepada Allah saya mengadu, kepada Allah saya menangis. Sebagai hamba-Nya, saya menerima dugaan-Nya, dan saya reda,” tulisnya di Facebook.

Namun, Tunku Ismail kemudian menenangkan ibunya dengan berjanji “segala-galanya akan baik sahaja” dan beliau berpesan supaya “jangan risau mama”.

“Tidak kira betapa gelapnya ribut melanda, ia akan sentiasa ada sinar mentari. Ini janjiku kepadamu, wahai ibuku,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Tunku Ismail membuat beberapa kenyataan media yang mengkritik kerajaan termasuk isu pelantikan menteri besar baru.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami