BERITAPOLITIKU-turn Lynas penipuan kepada pengundi

U-turn Lynas penipuan kepada pengundi

Tindakan kerajaan membuat u-turn berhubung isu Lynas merupakan satu penipuan kepada ratusan ribu pengundi yang memilih Pakatan Harapan (PH) untuk berkuasa.

Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj berkata, PH yang mengepalai sokongan rakyat untuk kempen Save Malaysia, Stop Lynas bagi memperoleh kuasa.

Tetapi sebaik sahaja mendapat kuasa, PH lupa perjuangannya dan memihak kepada entiti asing berbanding kepentingan rakyat.

Katanya, PSM menentang keputusan kerajaan untuk membenarkan bahan sisa dari kilang nadir bumi itu dilupuskan di sini dalam kemudahan pembuangan kekal (PDF).

Ini kerana, bencana yang tidak diingini boleh memusnahkan dan kegagalan PDF yang mengundang bahaya serius kepada rakyat kita.

Selain itu, Malaysia juga akan kehilangan banyak tanah pembinaan PDF yang akan menjadikan tanah itu tidak berguna bagi generasi akan datang.

Sehubungan itu, Sharan berkata, PH tidak perlu memperbaharui lesen operasi Lynas sehingga sisa radioaktif dibersihkan, malah cadangan PDF juga perlu ditolak.

“Cukup-cukuplah dengan u-turn dan video seks, segerakan pelaksanaan manifesto,” ujarnya. 

https://pakdin.my/tag/lynas

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami