BERITAKenapa Pulau Pinang takut dengen kempen Beli Produk Muslim?

Kenapa Pulau Pinang takut dengen kempen Beli Produk Muslim?

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang cuba menghalang kempen Beli Produk Muslim Dahulu di negeri itu hanyalah sia-sia dan orang Islam tidak mungkin mengikuti saranan pemimpin DAP itu.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, tindakan itu hanya memperlihatkan Kon Chow dalam ketakutan dengan kempen itu hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kenapa orang Islam kena dengar cakap beliau? Kenapa beliau takut sangat pada kempen Beli Produk Muslim sampai terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegini?

“Sebenarnya kenyataan beliau ini hanya akan membakar semangat umat Islam untuk membeli produk-produk dan di kedai-kedai milik Muslim.

“Perjuangan masih belum selesai. Banyak lagi usaha kita dalam memperkasakan ekonomi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang dilancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lalu, sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.

Kon Yeow, berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan keharmonian masyarakat.

Katanya, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan. – MalaysiaGazette

Rujukan:
Chow minta kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ di Pulau Pinang dihentikan
https://pakdin.my/kempen-beli-produk-muslim-dahulu-di-pulau-pinanghttps://pakdin.my/tag/produk-muslim

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami