BERITAAmirudin nafi hubungan dengan ADUN wanita

Amirudin nafi hubungan dengan ADUN wanita

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli Dewan Undangan Negeri wanita dari negeri ini.

Amirudin berkata, beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

“Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sayangi Generasiku peringkat Kuala Selangor anjuran Pemadam di sini hari ini.

Amirudin berkata, beliau tidak tahu mengapa beliau menjadi sasaran dan menegaskan beliau tidak pernah melakukan perkara di luar batasan.

Tuduhan itu, katanya, tidak memberi kesan kepadanya secara individu tetapi apa yang dirisaukan ialah ia seolah-olah sudah menjadi budaya untuk ‘membunuh’ seseorang melalui jalan fitnah.

Ditanya sama ada tuduhan itu dibuat ahli parti sendiri, Amirudin berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu. – Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Tenggelam Perlahan: PKR Mulai Retak, Anwar Makin Kesepian

Manifesto 12 agenda Parti BERSAMA Malaysia

Anwar pula ambil alih Pandan sebagai kawasan angkat

[VIDEO] Nakhoda yang panik, Kapal yang retak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami