Banjir: Elak berhutang dengan Ah Long, pesan MCA #pakdin.my

Mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan janji manis sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘Ah Long’ yang menawarkan pinjaman segera kerana dikhuatiri ia menyebabkan masalah lebih teruk.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Klang, Datuk B.K Tan berkata, tindakan meminjam daripada ah long bukan penyelesaian terbaik malah akan menjerumuskan peminjam kepada keadaan lebih teruk.

“Dengan keadaan mangsa mengalami kerugian, secara tidak langsung mangsa akan mencari jalan mudah mendapatkan wang.

Namun, meminjam daripada ah long bukan satu penyelesaian terbaik, malah akan berikan kesan yang buruk apabila mangsa mengalami kesukaran untuk membayar semula wang yang dipinjam,” katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Klang pada Isnin.

Katanya, terdapat pelbagai rungutan diterima pihaknya dengan mangsa banjir mendakwa didatangi ah long yang menawarkan pinjaman.

“Ada di antara mangsa banjir mendakwa ah long bertemu mereka dan menawarkan pinjaman sehingga mereka hampir terpedaya,” katanya.

Pada Isnin, polis menggerakkan anggota dan pegawainya untuk memantau aktiviti sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas di Selangor.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kesemua sumber digerakkan bukan sahaja membantu masyarakat dalam pasca banjir malah membanteras sindiket ah long.

BACA juga:

Original Article

Berkaitan