Guan Eng, mana ada boikot? Saya sudah tanya Pas dan UMNO kata Presiden MIC

KUALA LUMPUR – “Tidak timbul langsung soal boikot barangan bukan Islam seperti yang di dakwa oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

- Advertisement -

“Malah saya sebagai Presiden MIC telah menyoal Pas dan UMNO dalam dua mesyuarat berasingan baru-baru ini tentang perkara itu dan dalam perjumpaan dengan kepimpinan MIC dan Pas, saya lontarkan kebimbangan ini, saya diberitahu oleh mereka tidak ada langsung isu boikot sebaliknya hanya mempromosi barangan muslim serta mencungkil bakat usahawan muda,” kata Tan Sri SA Vickneswaran.

Menurutnya, ketika perjumpaan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga bersaksikan dengan MCA, jawapan beliau pula pihaknya sentiasa menyokong usahawan bumiputera sejak dahulu lagi tetapi isu memboikot produk bukan Islam tidak benar sama sekali.

Itu pendedahan oleh Presiden MIC  kepada MalaysiaGazette sambil menafikan dakwaan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kononnya UMNO dan Pas menyokong kempen memboikot barangan buatan bukan Islam.
Kata Vigneswaran yang juga Yang Dipertua Dewan Negara, beliau sememangnya tidak nampak tindakan menyokong serta mempromosi barangan Muslim bersamaan dengan memboikot produk bukan Islam dan Melayu.

“Sudah tentu saya tanya apabila isu ini timbul, saya terus bertanya kepada Pas, kepada UMNO di hadapan pimpinan MCA sendiri. Kami juga mahu jawapan seandainya apa yang diperkatakan ini benar.

“Sebaliknya kami di beritahu tidak ada langsung usaha memboikot sebaliknya hanya memberikan sokongan kepada golongan usahawan muda bumiputra untuk lebih berjaya dalam perniagaan mereka.

“Ini kerana pada pendapat mereka, kerajaan ketika ini tidak melakukan usaha yang cukup baik bagi mempromosi produk golongan ini sehingga parti politik pula yang terpaksa mengambil inisiatif sedemikian.

“Anda ada kuasa, anda juga Menteri Kewangan, mungkin ada baiknya untuk kaji apakah jalan terbaik bagi mempromosi dan membantu golongan bumiputra, janganlah bagi komen tidak adil seperti ini,” katanya hari ini.

Hari ini, Guan Eng mengecam MCA dan MIC kerana tidak menentang dan secara terang-terangan menyokong UMNO dan Pas bagi kempen memboikot barangan buatan bukan Islam.

Guan Eng juga mengkritik pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang terus memberi sokongan kepada kempen tersebut.
Dalam pada itu, kata Vigneswaran lagi, kerajaan seharusnya memberi perhatian lebih khusus dalam menangani isu itu daripada cubaan menyalahkan parti politik khasnya pembangkang.

“Jika kerajaan pada masa ini mampu tampil memberikan cadangan jauh lagi bernas dan bermanfaat, mengapa pula parti politik seperti UMNO dan Pas promosi dan bantu golongan bumiputra?

“Saya rasa anda mempunyai peluang lebih ‘cerah’ untuk selesaikan isu ini. Banyak sangat spekulasi dan dakwaan tidak betul sehingga meresahkan rakyat. Jangan buat begini kepada pengundi anda,” ujarnya.

https://pakdin.my/tag/produk-muslim

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.