UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi - pakdin.my

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Keputusan tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung I MN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II gabungan kerjasama itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapai Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang sepatutnya berlangsung semalam telah ditanggunghkan seiring dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menangai pandamik Covid-19.

Biro Politik UMNO dalam mesyuarat 13 Oktober lalu memutuskan supaya kerjasama dengan Pas di bawah MN didaftarkan secara rasmi dan perkara tersebut menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan dibawa dalam mesyuarat MN untuk dibincangkan.

Keputusan tersebut juga, menurut beliau, akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual hari ini di Pahang namun terpaksa dibatalkan sejajar dengan arahan MKN.

UTAMAPOLITIKUMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium