Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?
Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?
Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
“Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).
“Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.
http://m.malaysiakini.com/news/370917
* Untuk rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Lawatan rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970 dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun 2006.
———–
KUNJUNGAN RAJA SALMAN KE MALAYSIA
1. Hujung minggu ini, kita akan menyambut Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci untuk Kunjungan Rasmi ke Malaysia atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
2. Malaysia dan Arab Saudi berkongsi hubungan persaudaraan yang kukuh dan kita amat berbangga bahawa Baginda Raja Salman – yang turut diiringi oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan kerabat lain – sudi memilih Malaysia sebagai destinasi pertama negara Islam dikunjungi Baginda di rantau ini, dan juga yang pertama di Asia Tenggara sejak Baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.
3. Hubungan keagamaan kedua-dua negara kita telah terjalin berabad lamanya. Bagi umat Islam di Malaysia, Arab Saudi di mana terletaknya Dua Masjid Suci adalah bumi suci dan mengerjakan Haji adalah rukun Islam yang menjadi impian hidup.
4. Hubungan kedua-dua negara juga terjalin erat dengan hubungan dagangan yang kukuh selain kerjasama antara rakyat kedua buah negara yang meningkat dari hari ke hari.
5. Dagangan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia berkembang kukuh dari tahun ke tahun, meningkat sebanyak 27.8 peratus pada tahun 2016 berjumlah RM13.99 bilion. Hari ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan terbesar buat Malaysia.
6. Pelaburan Arab Saudi di Malaysia dijangka akan mewujudkan beribu pekerjaan dan kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi. Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah – tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitar di Mina. Malah, kita juga amat berbangga bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah menghadap Masjid al-Haram.
7. Dalam lawatan Baginda Raja Salman kali ini, kita akan menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman baharu. Salah satu daripadanya akan melibatkan dua syarikat milik negara terbesar, Saudi Aramco dan PETRONAS. Perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua negara dan juga rakyatnya.
8. Hubungan mesra antara kedua-dua buah negara juga dapat dilihat daripada kunjungan lebih 100,000 pelancong daripada Arab Saudi tahun lalu, jumlah tertinggi dalam rekod, manakala pelajar daripada Malaysia dan Arab Saudi menerima manfaat belajar di negara masing-masing.
9. Kita juga berbangga dengan keutuhan kerjasama Arab Saudi dan Malaysia dalam memastikan kelestarian dan juga memberi kepimpinan kepada Ummah.
10. Komitmen kukuh kita bersama dalam memerangi fahaman ekstremis didasarkan kepada kepercayaan kita terhadap toleransi, kesederhanaan dan keamanan dalam ajaran Islam sebenar. Kunjungan Baginda Raja Salman ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dibina daripada rasa saling hormat-menghormati dan percaya- mempercayai – hubungan yang mampu menjadi contoh buat dunia Islam dan juga dunia luar, bagi manfaat rakyat, rantau dan juga dunia.
https://www.najibrazak.com/bm/blog/king-salmans-visit-to-malaysia/