Jawapan kepada pengumuman unilateral Malaysia mengenai kos yang dikurangkan bagi Laluan Sistem Transit Rapid JB-Singapura (RTS), media Singapura mendedahkan:
1. Malaysia mahukan pemaju swasta yang terlibat dalam projek itu. (nak bagi kroni?)
2. Sistem kereta api akan diturunkan taraf dari sistem MRT Singapura ke LRT. (Lepas itu berbangga dan canang kononnya mereka berjaya kurangkan kos dan mengecam kerajaan BN)
3. Singapura masih dalam perbincangan mengenai cadangan Malaysia (tetapi sekarang mengumumkan) perubahan kepada RTS dan perbincangan “akan mengambil sedikit masa” kerana ini adalah perubahan besar kepada perjanjian asal.
Macam biasa lah, PH mengumumkan dahulu dan buat kajian kemudian.
………..
Malaysia teruskan projek RTS dengan kos terbaharu RM3.16 bilion
JOHOR BAHRU – Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaharu RM3.16 bilion.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kos terbaharu itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.
“Kita akan teruskan dengan projek itu dan selesaikan sedikit isu kesesakan lalu lintas.
“Butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura,” kata Dr Mahathir pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 18 Oktober, Kementerian Pengangkutan Malaysia mendapat kelulusan kabinet untuk meneruskan projek Laluan RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri. – Bernama
Rujukan:
Malaysia to proceed with JB-S’pore RTS rail project, says Mahathir; estimated cost cut by 36% to $1.03b
https://www.straitstimes.com/politics/malaysia-to-proceed-with-jb-spore-rts-rail-project-estimated-cost-cut-by-36-to-103b?