Semalam, PETRONAS melaporkan bahawa keuntungan untuk suku ke-3 tahun 2019 telah jatuh separuh berbanding suku yang sama tahun lepas.
Saya pun meneliti penyata akaun suku ke-3 yang dikeluarkan hari ini.
Selain rizab tunai mereka yang telah jatuh RM23 bilion berbanding 3 bulan dahulu, saya tengok keuntungan dari operasi PETRONAS untuk suku ke-3 adalah jauh berkurangan berbanding masa dahulu.
Ini jelas apabila kita membandingkan suku ke-3 dengan suku-suku tahun yang lain di mana pendapatan mereka agak serupa.
Suku 3 2017
Pendapatan: RM53.7 bilion
Keuntungan dari operasi: RM15.6 bilion
Suku 1 2018
Pendapatan: RM57.9 bilion
Keuntungan dari operasi: RM19.0 bilion
Suku 3 2019
Pendapatan: RM55.8 bilion
Keuntungan dari operasi: RM9.8 bilion
Kenapa kos operasi PETRONAS sekarang sudah meningkat begitu tinggi?
SST tak menurunkan harga barang ke?
Rujukan:
“Keuntungan bersih suku ke-3 Petronas jatuh hampir 50%“