Individu yang tidur lebih sembilan jam setiap malam atau tidur panjang pada waktu siang boleh meningkat risiko angin ahmar, kata satu kajian.
Kajian selama enam tahun oleh Huazhong University of Science and Technology di Wuhan membabitkan 31,750 orang dewasa rakyat China berumur sekitar 62 tahun, lapor AFP-Relaxnews.
Responden juga tidak mempunyai sejarah berdepan dengan penyakit angin ahmar atau masalah kesihatan yang berat sebelum ini.
Kumpulan penyelidik bertanya mengenai tabiat tidur siang dan mendapati 80 peratus responden menyatakan mereka tidur lebih dari 90 minit.
Sementara 24 peratus responden pula memberitahu mereka tidur selama sembilan jam atau lebih setiap malam.
Mengambil kira faktor penyumbang risiko seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan merokok, 25 peratus individu yang kerap tidur di sebelah petang lebih 90 minit boleh mengidap strok.
Ia berbanding invividu yang tidur dalam tempoh yang pendek. Namun individu yang tidak tidur atau tidur dalam tempoh 31 minit hingga satu jam, mereka tidak dilihat boleh terkena angin ahmar.