Berita Palsu: bukan pembangkang tetapi kerajaan yang menyebar - pakdin.my

Mengenai elaun parking yang disebut Lim Guan Eng, sememangnya semenjak Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan hak-hak istimewa Anggota Pentadbiran tidak pernah wujud Elaun Parking RM5700 itu. Dulu PH menuduh kepada menteri BN sedemikian rupa kini mereka berkerut dahi menjawabnya.

Keratan akhbar yang menjadi mainan media juga adalah apa yang pemimpin PH dahulu bangkitkan sebelum PRU14. Apa yang mereka jawab sekarang adalah sekadar menjawab keratan akhbar daripada PH sendiri.

Lain-lain berita palsu yang kononnya dimainkan oleh pembangkang apa dia? Tak ada kan?

Kalau setakat mengenai elaun parking, itu bukan berita palsu tetapi sengaja mengulangi penipuan PH semasa menjadi pembangkang.

Apa dia berita palsu yang banyak kononnya? Berita palsu terbesar adalah janji Pakatan Harapan, berita mengenai ekonomi negara yang kononnya meningkat, kenaikan taraf hidup rakyat, penurunan kos sara hidup, SST menurunkan harga barang dan sebagainya.

……….
Banyak sangat laporan berita palsu sehingga kami dikritik teruk

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa kecewa dengan bertambahnya laporan berita palsu terutamanya di laman-laman sosial.

Malah laporan berita palsu itu menyebabkan rata-rata pemimpin negara dikritik teruk khasnya rakyat dan netizen, katanya.

Ia termasuk berita berhubung pemberian elaun parkir kepada menteri dan timbalan menteri yang dikatakan mencecah sehingga RM4,500 sebulan baru-baru ini sehingga ramai melahirkan rasa tidak puas hati.

Guan Eng pelik dengan berita itu kerana sehingga kini beliau masih tercari-cari tentang pemberian elaun seumpama itu kepada menteri dan timbalan menteri seperti dilaporkan media.

“Saya cari-cari tapi langsung tiada. Mungkin elaun itu melalui tuntutan. Saya tidak tahu tetapi setakat ini, elaun yang dikatakan itu memang tidak ada. Itu adalah berita palsu.

“Itu sememangnya berita palsu. Sekarang ini banyak sangat berita-berita palsu yang tersebar sehingga menyebabkan kita di kritik dengan begitu teruk sekali.

“Kepada media, tolonglah siarkan berita yang benar sahaja. Media tolong jalankan tanggungjawab kamu dengan betul, siarkan apa yang benar sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP itu kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan rakyat mengenai jumlah emolumen dan elaun yang diterima oleh menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan.

Ada pihak yang mendakwa menteri-menteri memperoleh elaun tertentu termasuk ‘elaun parkir’ yang dikatakan bernilai lebih RM5,000, sehingga mengundang kritikan dan kecaman hebat dari warganet yang menyifatkan jumlah itu sebagai melampau.

Pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemotongan gaji pokok menteri sebanyak 10 peratus bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan dalam mendepani masalah kewangan kerajaan.

UTAMAPOLITIKBerita Palsu: bukan pembangkang tetapi kerajaan yang menyebar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium