Australia kini berhadapan dengan ribut debu, hujan air batu dan banjir kilat dalam masa yang sama mereka terus bertungkus lumus memadam kebakaran hutan.
Amaran cuaca yang melampau terhadap risiko kebakaran terus berlaku di tenggara negara itu pada hari Isnin, sementara hujan air batu melanda ibu kota negara Canberra.
Gambar-gambar dari ribut itu menunjukkan hujan air batu sebesar bola golf menyebabkan tingkap kereta pecah. Video dari luar bangunan parlimen negara itu menunjukkan dahan pokok yang jatuh bersama hujan air batu ke tanah.
Hail destroying the trees at Parliament House.. poor gardeners pic.twitter.com/bHEES1yhHy
— Tamsin Rose (@tamsinroses) January 20, 2020
Satu lagi video dari Canberra, diposting ke media sosial, menunjukkan angin kencang bergerak di sekitar perabot rumah.
More weather from Australia pic.twitter.com/rZk2ZTLROo
— Robert Lanfear (@RobLanfear) January 20, 2020
Pegawai perkhidmatan kecemasan mengatakan beberapa bangunan awam dan rumah juga rosak. Beberapa kawasan kehilangan terputus bekalan elektrik, dan hujan batu juga menyebabkan pokok tumbang.
Ribut itu juga mencetuskan banjir kilat, yang menyebabkan dua orang cedera, kata pegawai.
Hujan lebat turut melanda Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia pada hari Ahad, dan ribut taufan dijangka kembali semula. Bandar ini juga diliputi oleh asap dari kebakaran hutan di negeri Victoria dalam beberapa minggu kebelakangan ini.