Pihak berkuasa kesihatan di wilayah selatan Guangdong berkata dua orang Australia dan seorang pelajar Pakistan di diagnos dijankiti penyakit itu
Sumber jangkitan tidak diketahui tetapi ketiga-tiga dalam keadaan stabil.
Warga asing yang dijangkiti di China
Sekurang-kurangnya tiga warga asing – dua orang dari Australia dan seorang dari Pakistan – telah dijangkiti coronavirus di wilayah selatan China Guangdong, menurut pihak berkuasa wilayah.
Timbalan Ketua Suruhanjaya Kesihatan Guangdong, Chen Zhusheng pada hari Rabu berkata ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan stabil tetapi tidak diketahui bagaimana mereka dijangkiti virus itu.
Chen tidak memberikan butiran mengenai warga Australia, tetapi berkata, Warga Pakistan adalah pelajar yang belajar di Wuhan. Pelajar itu tiba di Shenzhen pada 21 Januari dan Guangzhou tiga hari kemudian, sebelum menunjukkan gejala simptom.
“Kami menjalankan siasatan epidemiologi dengan kerjasama rakan sekerja dari Wuhan, untuk menyelidik dan menilai [situasi]. Kami tidak tahu bagaimana mereka dijangkiti,” katanya.
Pembantu khas kepada perdana menteri Pakistan mengenai kesihatan, Zafar Mirza berkata empat pelajar Pakistan di China telah dijangkiti coronavirus itu. Beliau berkata sebahagian besar rakyat Pakistan yang tinggal di China adalah pelajar, lebih 500 daripadanya berpengkalan di Wuhan.
“Empat pelajar telah disahkan mempunyai coronavirus. Keadaan mereka bertambah baik sekarang,” akhbar The Nation yang berpangkalan di Lahore memetiknya sebagai berkata. – SCMP