Jenazah pesakit COVID-19 yang telah dibungkus dan disteril dengan plastik oleh pihak hospital dibuka oleh keluarga kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kematian disebabkan oleh Corona Virus.
Kejadian berlaku di Kendari dimana pesakit dalam pengawasan Covid -19 yang meninggal pada Isnin (23/3/2020) di Rumah Sakit Umum Daerah Bahteramas Kendari, Sulawesi Tenggara
Tindakan itu membawa mereka kepada penularan wabak dimana satu kampung tersebut kini di bawah kuarantin pihak keselamatan Indonesia malam tadi.
Mangsa merupakan salah seorang pesakit yang meninggal ketika menjalani proses kuarantin oleh pihak hospital apabila menunjukkan gejala Covid19 selepas pulang dari umrah pada 2 februari 2020.
Difahamkan family mangsa bawak balik jenazah menggunakan kenderaan sendiri dari hospital.
Sampai rumah dikoyakkan plastik pembalut jenazah untuk pastikan tiada organ diambil. Kemudian baru dikafan semula dan ditanam.