Setiap muslim digalakkan berdoa dan rukun Islam ke 5 menyatakan bahawa jika ada kemampuan kerjakanlah Haji di Mekah. Sebaliknya pula berlaku kepada 2 org muslim di Malaysia ini yg seorang ini amat gemar berdoa manakala yg seorang lagi mengerjakan Haji utk kafarrah dosa-dosanya yg lalu. Kita amat mengalu-alukan amalan kedua orang tersebut kerana mematuhi perintah Allah Ta’ala dan Rasul Nya. Sudah menjadi 1 adat kebiasaan amalan dlm budaya orang-orang besar kenamaan di rantau ini, utk menjadikan Tanah Suci dan ibadat Haji sbg kafarrah dosa-dosa mereka dan ada pemimpin tertinggi sebuah parti politik di Malaysia ini pernah membatalkan hasratnya utk mengerjakan Haji kerana berlakunya kontroversi mengenai ‘sumbangan ikhlas’ utk menajanya ke Mekah.
Baru-baru ini, orang no. 2 parti tersebut tlh mengeluarkan Sijil Perakuan Kafarrah Dosa secara lisan kpd seorang calon rakan kongsi politik mereka yg telah menunaikan ibadah Haji di Mekah bagi memadamkan segala dosa-dosa berkaitan dengan meminum arak. Peliknya, hanya dosa berkaitan meminum arak shj diberikan kafarrah tidak pula di sebotkan mengenai dosa-dosa yg lain. Mungkin kerana kuasa utk mengeluarkan Sijil Perakuan Kafarrah Dosa olh org no. 2 parti tersebut adalah bersyarat yakni hanya utk dosa-dosa meminum arak. Selebihnya mungkin di luar bidangkuasa orang no 2 tersebut. kalau begitu kta tertanya juga adakah Raqib dan ‘Atid kini di bawah perintah orang no. 2 itu dan telah menjadi ahli kpd parti tersebut? Sudah tentu tidak. Jadi jika tidak kenapa orang no. 2 parti tersebut berani berbuat demikian? Ini hanyalah 1 perbuatan untuk menghalalkan cara sahaja. Natijahnya, rukun Islam ke 5 menjadi pertaruhan. Amat menyedihkan sekali.
Kepimpinan tinggi PAS dan PKR seringkali mempergunakan antara satu sama lain sehingga menjadikan urusan agama itu seolah-olah satu senda gurauan dan boleh diperolok-olokkan dengan sesuka hati mereka. Mereka ini jugalah yg sering menuduh Barisan Nasional sbg penjarah agama dan mendidik pengikut2 mereka agar menjadi taksob melampau sedangkan tangan-tangan kiri mereka melakukan perkara-perkara yg jelas memperolokkan agama.
Budaya Melayu amat sinonim dengan Islam dan kerana itu kesopanan dan kesusilaan menjadi nilai yg tak terhingga. Â Adakah dengan mempertarohkan doa dan rukun Islam ke 5 spt yg dilakukan olh mereka ini merupakan satu kesopanan dan kesusilaan dlm memertabatkan agama Islam? sudah tentu tidak! Ianya memberi gambaran serong mengenai doa dan ibadah haji seolah-olahnya mereka memberikan perakuan dan kebenaran dosa boleh dilakukan dgn sewenang-wenangnya krn boleh dikafarrahkan dgn mudah melalui ibadah haji. Lama kelamaan maksud dan tujuan murni ibadah haji itu akan bertukar menjadi lesen pembersihan dosa-dosa sedangkan yg dituntut adalah wajiblah umat Islam ini sentiasa menjauhi dosa-dosa hatta yg kecil dan besar utk membolehkan ibadah haji dikerjakan dengan sempurna dan diharapkan dengan kesempurnaan kerja-kerja haji tersebut maka imbalannya ialah dibersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekallah dlm keadaan demikian sehingga akhir hayat dan bukan spertimana yg difahamkan olh kedua org besar dan kenamaan tersebut.