“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutamanya kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan pimpinannya ketika ini bukanlah satu kerajaan yang kukuh.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, dengan hanya berbekalkan kelebihan dua atau tiga kerusi sahaja, mana-mana ahli parlimen baik daripada parti mana pun boleh berubah arah menyokong gabungan lain.

“Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga merupakan satu lagi peringatan kepada PPBM supaya berlaku jujur dan amanah di dalam sebarang perbincangan dan ketetapan keputusan yang melibatkan kepentingan semua parti sekutu.

BACA: UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar
https://pakdin.my/umno-tidak-halang-wakil-rakyat-sokong-anwar

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan satu contoh mudah di mana berlakunya beberapa siri tindakan PPBM yang seolah-olah tidak mencerminkan kemuafakatan yang ada di antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“Bermula dengan pertindihan kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sehinggalah kepada adanya calon bebas ‘mesra PN’ dan pengumuman Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah cukup untuk membawa mesej bahawa PPBM tidak menghormati semangat tersebut malah bertindak sebagai ’pembuli’,” katanya.

Menurutnya lagi, PPBM perlu diingatkan bahawa tidak semudah itu Barisan Nasional akan akur dengan apa jua permainan PPBM.

“Barisan Nasional sudah cukup bertoleransi terutamanya dalam pembahagian kerusi untuk PRN Sabah dan akan menuntut sewajarnya bagi pembahagian kerusi menjelang Pilihanraya Umum kelak.

“Saya berpendapat agar Tan Sri Muhyiddin Yassin usah bertangguh-tangguh dalam menentukan Pilihanraya Umum.

“Yang pasti, rakyat dan negara memerlukan satu kerajaan yang kukuh untuk menggerakkan agenda revitalisasi ekonomi negara yang merudum akibat wabak COVID19 dan cara untuk membentuk kerajaan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pembaharuan mandat daripada rakyat melalui Pilihanraya Umum,” ujarnya lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...