Mengikut laporan dari HarakahDaily yang bertarikh 29 Mac 2012, Hoslan bin Husin atau lebih dikenali dengan panggilan Imam Hoslan telah berjaya mengislamkan 2 banduan sewaktu didalam tahanan.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia didalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada pihak media.
Pihak Penjara Malaysia mendakwa, Hoslan telah membuat kenyataan yang kurang tepat serta mengelirukan orang ramai. Ini adalah kerana, dua individu yang dikatakan berjaya diislamkan tersebut berlainan keadaannya dengan keadaan sebenar.
Berikut adalah kenyataan akhbar dari pihak Jabatan Penjara Malaysia.