Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.
Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.
Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.
Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.
Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.
Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.
Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.
Berita berkaitan: