UtamaKPF Setuju Penyenaraian FGVH

KPF Setuju Penyenaraian FGVH - pakdin.my

KUALA LUMPUR : Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) bersetuju dengan langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia Mei ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan hari ini.

Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu menyokong resolusi penyenaraian tersebut, sekali gus menamatkan pelbagai kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.

EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka.

Utusan Malaysia difahamkan, para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula me miliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan keputusan EGM tersebut, KPF telah bersetuju menjual saham dalam FHB kepada Felda sekali gus bersetuju dengan penyenaraian FGVH.

“Dalam mesyuarat itu juga, mereka telah bersetuju memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF bagi meneliti, berunding, memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Esok Ahli Lembaga Pengarah Felda akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti segala keputusan yang telah dibuat Ahli Lembaga Pengarah KPF ini,” katanya ketika mengadakan sesi perjumpaan dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini hari ini.

Menurut Ahmad, keputusan EGM itu membuktikan golongan peneroka mahu melihat Felda berada di tahap yang lebih tinggi berbanding sekarang.

“Ia juga bukti bahawa golongan peneroka tidak mudah termakan hasutan pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang perwakilan yang enggan dikenali memberitahu, sebagai generasi kedua Felda, beliau amat mengalu-alukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

“Tiada apa yang hendak dikhuatirkan, tanah kami tidak dirampas, hak kami masih dikekalkan malah ia memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka.

”Jika selama ini kami ahli KPF boleh menerima dividen sehingga 15 peratus, mungkin jumlah itu akan bertambah apabila FGVH disenaraikan. Kami yakin dengan keputusan ahli lembaga pengarah kerana selama ini mereka tidak pernah mengabaikan kepentingan peneroka.

“Apa yang menjadi masalah selama ini adalah terdapat segelintir peneroka yang termakan hasutan pemimpin parti pembangkang,” katanya.

Menurutnya, seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, penyenaraian tetap diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan KPF.

”Namun, apabila EGM hari ini berjaya mendapat persetujuan majoriti, ini bermakna para peneroka bakal mendapat manfaat dan dividen daripada FGVH secara langsung pada setiap tahun,” katanya.

Penyenaraian FGVH bakal meluaskan lagi transformasi perniagaan Kumpulan Felda kepada satu entiti multinasional dan dalam masa sama membolehkan peneroka menikmati manfaat secara langsung daripada syarikat yang menjadi pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia itu.

Petikan : Utusan Malaysia

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...